Music

Header Ads

Monday, April 20, 2020

733 Keluarga Dari 4 Buah Kampung Dalam DUN Demak Laut Terima Bantuan Makanan Sarawakku Sayang


KUCHING: Seramai 733 keluarga dari empat buah kampung dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut telah menerima Bantuan Makanan Sarawakku Sayang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni berkata mereka ini merupakan sebahagian daripada 5,873 keluarga yang telah menerima bantuan makanan ini.

“Pada 8 April lepas, petugas-petugas Pusat Khidmat N5 Demak Laut telah mengagihkan Bantuan Makanan Sarawakku Sayang di empat buah kampung meliputi Taman Sepakat Jaya, Kampung Bako Lot, Kampung Tabuan Drahman 2 dan Kampung Selabat.

“Di dalam 4 buah kampung, seramai 733 keluarga telah menerima bantuan makanan yang terdiri dari beras, gula, minyak masak, mee dan sebagainya. 

“Bantuan ini bertujuan meringankan beban yanng ditanggung masyarakat yang terkesan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac lepas hingga sekarang,” katanya.  

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai status pengagihan Bantuan Makanan Sarawakku Sayang pada Isnin. 



Mengulas mengenai trend semasa penularan COVID-19, Dr Hazland yang juga Penyelaras Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pesisir Kuching, Samarahan dan Lundu berkata terdapat penurunan dari segi pesakit COVID-19 di Sarawak dan Malaysia. 

“Bagaimanapun, penurunan ini tidak bermakna kita boleh menamatkan PKP Fasa Ketiga yang akan berakhir 28 April nanti.

“Sebaliknya, Kerajaan menerusi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) dan agensi di barisan hadapan sentiasa berusaha memastikan penularan wabak pandemik COVID-19 diturunkan sepenuhnya dan negara bebas COVID-19.

“Bagaimanapun, ianya bukan mudah dan memerlukan kerjasama semua pihak dengan duduk di rumah, amalkan jarak sosial, sentiasa bersihkan diri dan sentiasa mengunakan topeng muka dan hand sanitizer ketika berada di luar rumah,” ujarnya.

Dr Hazland turut mengucapkan terima kasih kepada sukarelawan-sukarelawan Pusat Khidmat N5 Demak Laut, Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK), Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Jabatan Sukarelawan (RELA) dan PBB di peringkat Ranting Taman Sepakat Jaya, Kampung Bako Lot, Kampung Tabuan Drahman 2 dan Kampung Selabat. -Buletin Demak Laut

No comments:

Post a Comment

Back To Top