Music

Header Ads

Tuesday, April 21, 2020

Agihan Bantuan Makanan Sarawakku Sayang Berjalan Lancar Biarpun Dilaksanakan Secara Berperingkat


KUCHING: Seperti yang pernah dimaklumkan sebelum ini bahawa Bantuan Makanan Sarawakku Sayang akan terus diagihkan kepada setiap isi rumah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut.
Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni berkata setiap isi rumah akan dapat bantuan makanan ini tetapi secara berperingkat.
“Ini bertujuan mematuhi Standard Operating Prosedure (SOP) dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Pengagihan tidak perlu melibatkan jumlah yang ramai, amalkan jarak sosial, sentiasa bersihkan diri dan sentiasa menggunakan penutup mulut dan hidung serta hand sanitzer.
“Atas sebab itu, ada kampung yang menerima bantuan makanan ini lewat dan ada kampung yang menerima awal. 
“Kita memahami keperluan masyarakat dan dalam masa yang sama kita perlu mengikuti arahan SOP demi keselamatan bersama,” katanya semasa diminta mengulas mengenai pengagihan Bantuan Makanan Sarawakku Sayang pada Selasa.
Sehingga kini, sebanyak 6,020 buah keluarga telah menerima Bantuan Makanan Sarawakku Sayang sejak Fasa Kedua.
Pada Khamis lepas, sebanyak 1,039 keluarga dari Kampung Tabuan Dani, Kampung Goebilt, Kampung Sungai Bako, Kampung Sejingkat Hilir, Kampung Selipar Putus, Kampung Semilang, Kampung Beradek dan Taman Pine Villa telah menerima sumbangan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang dari Kerajaan Sarawak.

Dalam pada itu, Dr Hazland menambah masyarakat di DUN Demak Laut yang  tidak tersenarai sebagai penerima Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) boleh membuat permohonan di laman web https://www.sarawak.gov.my/web/home/article_view/233/326/.
“Permohonan boleh dibuat melalui atas talian dengan melengkapkan borang permohonan di link https://www.sarawak.gov.my/web/home/bkss_form/254 dan hantar. 
“Bantuan Sarawakku Sayang ini hanyak layak kepada setiap isi rumah (suami atau isteri) dari golongan B40 dengan jumlah pendapatan isi rumah Adalah kurang RM4,000 sebulan atau bujang yang berumur 40 tahun hingga 59 tahun, OKU berumur 18 tahun hingga 59 tahun dengan pendapatan kurang RM2,000 sebulan. 
“Manakala, mereka yang pernah menerima Bantuan Sarah Hidup (BSH) pada Januari 2020, tidak perlu membuat permohonan baharu kerana nama mereka secara automatik akan menerim BKSS,” ujarnya.
Kepada masyarakat di DUN Demak Laut, ambillah peluang ini yang merupakan inisiatif Kerajaan Sarawak dalam membantu rakyat yang terjejas dalam PKP. 

No comments:

Post a Comment

Back To Top