Music

Header Ads

Wednesday, April 22, 2020

Kerajaan Sarawak Tunai Janji Beri Sumbangan Penutup Mulut Dan Hidung


KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg dalam pengumuman Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang COBID-19 telah mengumumkan pemberian percuma penutup mulut dan hidung sebanyak 2 juta kepada rakyat Sarawak. 
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni berkata pemberian penutup mulut dan hidung secara percuma ini sebagai keprihatinan Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) ke atas rakyatnya sesuai dengan slogan ‘Sarawak Diutamakan’.
“Pada 23 Mac 2020, Ketua Menteri telah mengumumkan 16 Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang COVID-19 dengan salah satu pakejnya ialah pemberian penutup mulut dan hidung atau topeng muka secara percuma. 
“Penutup mulut dan hidung kini sedang diagihkan kepada 520,647 ketua isi rumah seluruh negeri dengan keutamaan diberikan kepada penduduk di Zon Merah jangkitan COVID-19.
“Kawasan Merah akan diberikan 6 helai manakala kawasan Kuning dan Hijau akan diagihkan 4 helai seperti yang diumumkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak,” katanya.
Katanya, semasa diminta mengulas mengenai pemberian Penutup Mulut dan Hidung di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut pada Selasa.

Menurut Dr Hazland lagi, sebanyak 28 buah kampung dan taman perumahan telah menerima agihan penutup mulut dan hidung di kawasan DUN Demak Laut.
“Bermula Isnin dan Selasa, hampir 70,000 penutup mulut dan hidung telah diagihkan kepada kesemua Ketua Isu Rumah di 28 kampung dan taman perumahan di DUN Demak Laut telah diagihkan penutup mulut dan hidung.
“Pengagihan ini dilakukan menerusi bantuan Pihak Berkuasa Tempatan seperti Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) dan Majlis Perbandaran Padawan (MPP) kepada Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).
“Kerjasama ini membolehkan setiap KIR menerima penutup mulut dan hidung ini bagi mencegah penularan wabak COVID-19,” ujarnya. 
Kepada penduduk di kawasan DUN Demak Laut sentiasa amalkan penjarakkan sosial, jaga kebersihan diri, sentiasa basuh tangan dan guna penutup mulut dan hidung, dan hand sanitzer bagi mencegah rantaian pandemik COVID-19. -Buletin Demak Laut

No comments:

Post a Comment

Back To Top