Music

Header Ads

Thursday, April 23, 2020

Kerja-Kerja Sanitasi Di Rumah Masjid Dan Surau Bendung Penularan Wabak Pandemik COVID-19


KUCHING: Seperti di kawasan lain, beberapa masjid dan surau di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut kini mula dilaksanakan kerja-kerja sanitasi oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni berkata ini bertujuan untuk memastikan kawasan rumah ibadah itu bersih dan bebas dari penularan wabak pandemik COVID-19.
“Pihak Berkuasa Tempatan seperti Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Majlis Bandaraya Kuching Utara (MBKS) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah melaksanakan kerja-kerja sanitasi di kawasan Bako dan Tabuan Melayu.
“Kerja-kerja sanitasi ini bertujuan untuk membolehkan kawasan tumpuan masyarakat itu bersih dan bebas daripada wabak COVID-19. 
“Selepas ini, selain masjid dan surau, tempat-tempat lain tumpuan masyarakat seperti pasar, pekan, pasar dan sebagai akan dilaksanakan kerja-kerja sanitasi bagi langkah yang sama iaitu membendung penularan wabak COVID-19,” katanya semasa diminta mengulas mengenai kerja-kerja sanitasi di kawasan DUN Demak Laut.

Dalam pada itu, Dr Hazland terus mengingatkan masyarakat di kawasan DUN Demak Laut untuk mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lanjutkan sehingga 12 Mei 2020.
“Dalam usaha memutuskan rantaian wabak COVID-19, masyarakat perlu mematuhi setiap arahan PKP seperti yang diarahkan kerajaan.
“Ini termasuklah jauhi tempat sesak dan ramai orang, elakkan tempat tertutup, elakkan bercakap dalam jarak dekat dan jaga kebersihan diri terutama kerap basuh tangan dengan sabun serta menggunakan penutup hidung dan mulut ketika berada di luar rumah,” ujarnya. 
Kepada mereka yang mempunyai kontak rapat dengan kes positif atau kluster yang terlibat dengan COVID-19 digesa membuat ujian saringan COVID-19 bagi memastikan rawatan segera dapat dilakukan dan mengelak virus ini terus merebak.
Dengan mengamalkan langkah-langkah ini, nescaya kita dapat melawan COVID-19 ini dan mengamalkan kehidupan seperti dahulu. -Buletin Demak Laut

No comments:

Post a Comment

Back To Top