Music

Header Ads

Sunday, April 19, 2020

Kontak Rapat Kepada Kes Positif COVID-19 Di Bahagian Kuching Ambil Tindakan Segera Buat Saringan Kesihatan COVID-19


KUCHING: Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) kini sedang mengesan kontak rapat kepada pesakit positif COVID-19. 

Penyelaras Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pesisir Kuching Samarahan dan Lundu Dr Hazland Abang Hipni berkata JKNS kini sedang berusaha untuk memastikan virus COVID-19 itu tidak menular kepada orang lain. 

“Pegawai-pegawai dari Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak akan menghubungi kontak-kontak yang telah dikenal pasti melalui panggilan telefon mulai Isnin, 20 April 2020 untuk memberikan kerjasama dalam membuat saringan kesihatan COVID-19. 

“Sehingga hari ini, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah mengenal pasti seramai 6,022 kontak di Bahagian Kuching. 

“Daripada bilangan tersebut, seramai 3,538 orang telah menjalani ujian saringan, manakala, seramai 2,484 orang masih belum lagi menjalani ujian,” katanya semasa dihubungi pada Ahad. 


Sementara itu, mengulas mengenai pengagihan Bantuan Makanan Sarawakku Sayang, Dr Hazland yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut menjelaskan setakat ini seramai 5,873 keluarga di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut telah menerima bantuan makanan ini. 

“Ini termasuk 261 keluarga dari Kampung Tabuan Hilir yang telah menerima Bantuan Makanan Sarawakku Sayang pada 7 April lepas. 

“Pengagihan bantuan makanan ini dibantu Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK), Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Tabuan Hilir dan Parti PBB Ranting Tabuan Hilir,” katanya. 

Dalam pada itu, beliau meminta rakyat di kawasan DUN Demak Laut untuk terus mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa Ketiga ini. -Buletin Demak Laut

No comments:

Post a Comment

Back To Top