Music

Header Ads

Friday, April 17, 2020

Bantuan Makanan Sarawakku Sayang ‘Mesej’ Keprihatinan Kerajaan Sarawak Kepada Rakyatnya


KUCHING: Peruntukkan RM16.4 juta yang merupakan peruntukkan tambahan bagi Bantuan Makanan Sarawakku Sayang kepada golongan miskin di luar bandar dan kawasan tertentu di bandar adalah inisiatif Kerajaan Sarawak ke atas rakyatnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni berkata bantuan tambahan ini adalah tanggungjawab Kerajaan Sarawak terhadap rakyatnya dalam menghadapi penularan wabak COVID-19.

“Sebelum ini, pada 23 Mac 2020, Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg telah mengumumkan 16 Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang COVID-19 yang berjumlah RM1.15 bilion. 

“Bagaimanapun, sebanyak RM16.4 juta lagi telah peruntukkan sebagai tambahan kepada peruntukan sebelum ini RM1.15 bilion yang digunakan untuk Bantuan Makanan Sarawakku Sayang.

“Terbaru, sejumlah RM1.1 bilion telah diperuntukkan Kerajaan Sarawak dalam Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang 2.0 (BKSS 2.0) yang memberi fokus kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), Perusahaan Mikro serta penjaja serta peniaga kecil supaya mereka dapat mengekalkan perniagaan akibat kesan wabak COVID-19.

“Inilah Kerajaan Sarawak yang sentiasa memikirkan keperluan rakyatnya diutamakan sejajar dengan prinsip Gabungan Parti Sarawak (GPS) iaitu ‘Sarawak Diutamakan’ atau ‘Sarawak First’,” katanya. 

Beliau berkata demikian selepas ditanya mengenai pandangannya terhadap tindakan Kerajaan Sarawak dalam menangani masalah yang dihadapi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagai langkah memutuskan rantaian COVID-19. 


Dr Hazland dalam pada itu memaklumkan sehingga kini, sebanyak 5,788 keluarga di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut telah menerima Bantuan Makanan Sarawakku Sayang.

“Ini termasuklah 137 keluarga yang berada di Kampung Bako Hilir yang telah menerima bantuan ini pada Ahad lepas.

“Adalah diharap bantuan makanan ini meringankan beban keluarga dalam menghadapi PKP yang memasuki fasa ketiga sehingga 28 April 2020.

“Teruskan berada di rumah dan apabila keluar rumah pastikan tahap kebersihan diri sentiasa dijaga dengan sentiasa menggunakan penutup muka, guna hand sanitizer dan amalkan jarak sosial,” jelasnya. 

Terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Bako Hilir dan PBB Ranting Bako Hilir atas kerjasama dan bantuan yang diberikan bagi memudahkan kelancaran pengagihan Bantuan Makanan Sarawakku Sayang. -Buletin Demak Laut

No comments:

Post a Comment

Back To Top