Music

Header Ads

Thursday, April 16, 2020

Kontak Rapat Pesakit COVID-19 Diminta Tampil Buat Pemeriksaan Di Pusat Saringan COVID-19


KUCHING: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menambah Pusat Saringan di Kota Samarahan dan Klinik Kesihatan Petra Jaya bagi menampung jumlah mereka yang menjalani pemeriksaan COVID-19.

Menurut Penyelaras Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pesisir Kuching, Samarahan dan Lundu Dr Hazland Abang Hipni, pertambahan Pusat Saringan COVID-19 ini membolehkan orang ramai khususnya mereka yang mempunyai kontak rapat dengan pesakit COVID-19 dan telah dihubungi KKM datang menjalani pemeriksaan saringan COVID-19 Pusat Saringan berdekatan. 

“Bahagian Kuching dan Samarahan merupakan kawasan Zon Merah dan kemudahan fasiliti di Hospital Umum Sarawak dan Kompleks Belia dan Sukan tidak mampu menampung jumlah mereka yang menjalani pemeriksaan COVID-19.

“Untuk itu, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah menambah beberapa lagi pusat saringan iaitu di Dewan Suarah Kota Samarahan untuk orang awam dengan saringan Pandu Lalu dan Klinik Kesihatan Petra Jaya untuk barisan hadapan dengan saringan Pandu Lalu.

“Setakat ini, ada 64 kes pesakit positif COVID-19 di Kota Samarahan dan sambutan yang diterima memberansangkan dengan dianggarkan 200 menjalani pemeriksaan COVID-19,” katanya. 

Beliau berkata demikian semasa dihubungi bagi mengulas mengenai pengagihan Bantuan Makanan Sarawakku Sayang di Kampung Kampung Tabuan Drahman 1 pada Ahad lepas. 


Justeru, katanya demi keselamatan bersama, mereka yang telah hubungi KKM dimohon segera untuk datang ke mana-mana Pusat Saringan bagi menjalani pemeriksaan COVID-19. 

Dalam pada itu, Dr Hazland yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak memaklumkan seramai 259 Keluarga dari Kampung Tabuan Drahman 1 telah menerima Bantuan Makanan Sarawakku Sayang. 

Agihan telah mendapat kerjasama daripada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Tabuan Drahman 1 dan Ranting Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Ranting Tabuan Drahman. -Buletin Demak Laut

No comments:

Post a Comment

Back To Top