Music

Header Ads

Saturday, June 13, 2020

Kami PBB DUN Demak Laut Telah Bersedia Hadapi PRN Sarawak Ke-12 - Dr Hazland


KUCHING: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut bersedia hadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12 yang kini hanya menunggu semboyan berbunyi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni berkata, pihaknya telah lama melakukan persiapan sejak Pilihan Raya Umum (PRU) 2018 lagi.

“PBB Cawangan DUN Demak Laut telah lama bersedia menghadapi pilihan raya sebaik sahaja menang dalam PRN Sarawak Ke 11 pada tahun 2016.

“Sejak menang PRN Sarawak 2016, kami telah bekerja dan bersama rakyat setiap masa sehinggalah Pilihan Raya Umum (PRU) 14. 

“Ini terbukti apabila pada PRU 14, calon PBB di Parlimen Santubong Dato Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar menang dengan majoriti tertinggi di kawasan DUN Demak Laut.

“Malah, sehingga kini pun PBB Cawangan DUN Demak Laut terus menghulur dan membantu rakyat menerusi Projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP), Projek Kecil Luar Bandar (MRP), Projek Penambahbaikan Rumah Miskin Sarawak (PPRMS), Projek Rakyat, projek kebajikan dan sebagainya,” katanya. 

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Menteri merangkap Presiden PBB Sarawak Datuk Patinggi Dr. Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg pada Sabtu. 


Semalam, Datuk Patinggi Abang Johari dalam sidang medianya memaklumkan bahawa PBB Sarawak telah bersedia menghadapi PRN Sarawak Ke 12 yang boleh diadakan bila-bila masa.

Untuk rekod, penggal DUN Sarawak akan tamat tempoh pada 6 Jun 2021. 

Dr Hazland yang juga Ketua Cawangan PBB DUN Demak Laut melihat hanya PBB dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) sahaja yang mampu membela nasib rakyat Sarawak seperti mana yang ditunjukkan semasa penularan COVDI-19. 

“Pada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lepas, Kerajaan Sarawak telah membantu rakyat Sarawak menerusi Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS), BKSS 2.0 dan BKSS 3.0 dan membawa pelajar pulang ke Sarawak.

“Turut dibantu, sektor perniagaan dan ekonomi yang terjejas teruk akibat daripada penularan wabak COVID-19.

“Malah, Kerajaan Sarawak di bawah GPS tetap dengan pendirian dalam hal berkaitan Petronas, selain dengan tegas menyatakan GPS hanya menyokong Perikatan Nasional (PN) atas dasar kemamkmuran negara dan tidak sesekali menyertai PN,” ujarnya. 

Dalam pada itu, beliau turut bersama kepimpinan PBB merakam terima kasih kepada semua rakyat Sarawak dan barisan hadapan yang terdiri daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), agensi dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO’s) serta Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak yang bertungkus lumus dalam membanteras penularan COVID-19. -Buletin Demak Laut

No comments:

Post a Comment

Back To Top