Music

Header Ads

Monday, July 13, 2020

Jatuh Bangun Kampung Dan Taman Perumahan Itu Juga Terletak Atas Bahu JKKK - ADUN Demak Laut


KUCHING: Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) perlu meningkatkan mutu pengurusan bagi memastikan tadbir urus kampung dan taman perumahan berjalan lancar dan berkualiti. 

“Maju dan mundur sesebuah kampung atau taman perumahan adalah bergantung kepada keberkesanan tahap pengurusan di peringkat JKKK.

“Ini kerana JKKK adalah sebuah badan yang penting dan paling berpengaruh di peringkat kampung mahupun taman perumahan. Jika sesebuah JKKK itu bermasalah, keadaan kampung atau taman perumahan turut bermasalah kerana tiadanya urus tadbir yang baik. 

“Malah, untuk memastikan kampung atau sesebuah taman perumahan itu aktif, setiap ahli JKKK perlu kekal proaktif dan mempunyai idea beserta cadangan yang bernas,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni semasa ditemui selepas menyampaikan Penyerahan Dana Tahunan JKKK Kampung Pinggan Jaya baru-baru ini.


Selain perlu mengurus tadbir kampung, JKKK juga turut bertanggungjawab dalam memastikan keselamatan kampung dan taman perumahan terjamin. 

Sementara itu, Ketua Kaum Kampung Pinggan Jaya Mat Yahya bin Jalani yang ditemui mengucapkan terima kasih kepada ADUN Demak Laut di atas penyerahan Dana Tahunan JKKK.


“Mewakili ahli JKKK Kampung Pinggan Jaya, saya mengucapkan terima kasih kepada ADUN Demak Laut Dr Hazland di atas penyerahan sumbangan Dana Tahunan JKKK Kampung Pinggan Jaya.

“Dana ini sangat penting bagi keperluan masyarakat di kampung khususnya dalam mengadakan aktiviti kemasyarakatan di peringkat kampung,” katanya. -Buletin Demak Laut

No comments:

Post a Comment

Back To Top