Music

Header Ads

Saturday, July 18, 2020

Ketua Kaum Kampung Bako Hilir Lahirkan Terima Kasih Atas Sumbangan Dana Tahunan JKKK


KUCHING: Ketua Kaum Kampung Bako Hilir Morni bin Rakawi melahirkan ucapan terima kasih kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni di atas sumbangan dana tahunan kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKK) Kampung Bako Hilir. 


“Mewakili JKKK Kampung Bako Hilir, saya mengucapkan terima kasih kepada ADUN Demak Laut Dr Hazland di atas sumbangan dana tahunan ini.

“Kami akan menggunakan sebaik-baiknya dana ini untuk keperluan penduduk kampung seperti mana yang dikehendaki,” katanya selepas menerima sumbangan dana tahunan JKKK baru-baru ini. 

Hadir sama ahli Penghulu Hajah Janibah Haji Hazmi, JKKK Kampung Bako Hilir dan ahli-ahli PBB Ranting Bako Hilir.

No comments:

Post a Comment

Back To Top