Music

Header Ads

Thursday, July 16, 2020

Kerajaan Sarawak Laksanakan Inisiatif Perkhidmatan Bas Sekolah Percuma, Ringankan Beban Ibu Bapa


KUCHING: Kerajaan Sarawak di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) sekali lagi menunaikan janjinya kepada rakyat apabila merasmikan inisiatif Program Perkhidmatan Bas Sekolah Percuma di negeri ini. 

Perasmian itu telah disempurnakan Ketua Menteri Datuk Patinggi (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg pada Rabu. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni  ketika ditemui pada perasmian itu berkata inisiatif Program Perkhidmatan Bas Sekolah Percuma yang dilaksanakan Kerajaan Sarawak ini membuktikan bahawa keperluan rakyat Sarawak sentiasa diutamakan. 

“Walaupun pelaksanaannya terlewat daripada jadual asal pada April disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tetapi demi keperluan masyarakat ia tetap dilaksanakan pada hari ini (Rabu). 

“Program Perkhidmatan Bas Sekolah Percuma ini telah diumumkan Ketua Menteri dalam pembentangan Bajet 2020 pada November lepas yang bertujuan membantu masyarakat berpendapatan rendah di negeri ini mengurangkan beban ibu bapa dari segi bayaran bulanan bas sekolah anak-anak mereka.

“Selain itu, ia juga menggalakkan ibu bapa di negeri ini menggunakan perkhidmatan bas sekolah percuma bagi mengurangkan kesesakan jalan raya dan sekolah,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Perasmian Bas Sekolah Percuma di Padang Merdeka pada Rabu. 


Sebanyak RM5 juta telah diperuntukkan bagi perkhidmatan bas percuma di Kuching dan ianya akan diperluaskan ke Sibu, Bintulu dan Miri sebaik sahaja pelaksanaan di bandar raya Kuching ini berjalan dengan lancar. 

Program Perkhidmatan Bas Sekolah Percuma yang buat permulaan akan dilaksanakan di Kuching dan Padawan akan dibahagikan mengikut 18 zon melibatkan 32 buah sekolah dengan 46 buah bas serta van sekolah serta perjalanannya meliputi pagi, tengah hari dan petang. 

Lebih menarik lagi, keemua perkhidmatan bas sekolah percuma ini seperti bas dan van akan dilengkapi dengan sistem pengesanan GPS yang membolehkan mereka melihat paparan lokasi bas menerusi aplikasi dalam telefon pintar.

No comments:

Post a Comment

Back To Top