Music

Header Ads

Wednesday, July 15, 2020

Kami Akan Manfaatkan Sebaiknya Dana Tahunan Ini Demi Kebaikan Dan Pembangunan Kampung Bako Hulu - KK Haji Wahed Sani


KUCHING: Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Bako Hulu Haji Wahed Sani mengucapkan terima kasih kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni di atas sumbangan dana tahunan JKKK tersebut dan akan memanfaatkanya demi pembangunan kampung.

“Mewakili JKKK Kampung Bako Hulu, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr Hazland atas sumbangan dana ini.


“Insha Allah, kami akan memanfaatkan dana ini dengan sebaik mungkin untuk kebaikan bersama dari segi pembangunan Kampung Bako Hulu,” katanya semasa menerima sumbangan dana tahunan JKKK daripada Dr Hazland dalam majlis ringkas di rumahnya baru-baru ini. 

Hadir sama ahli JKKK Kampung Bako Hulu dan ahli PBB Ranting Bako Hulu.

No comments:

Post a Comment

Back To Top