Music

Header Ads

Wednesday, July 15, 2020

Jaga Kampung Baik-Baik, Pastikan Keselamatan Dan Kesejahteraan Penduduk Terjamin - Dr Hazland


KUCHING: Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) yang menerajui Kepimpinan di peringkat perlu memastikan keselamatan dan kesejahteraan penduduk sentiasa terjamin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak laut Dr Hazland Abang Hipni berkata, ini merupakan amanah dan atas sebab itu penduduk memberi keyakinan kepada KMKK dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) menerajui kepimpinan kampung. 

“Tugas dan peranan setiap KMKK dan ahli JKKK sangat penting khususnya dalam menjaga keselamatan dan kesejahteraan penduduk. Ini termasuk juga mengadakan mesyuarat secara berkala bagi mengemaskini data, peralatan pejabat dan perancangan aktiviti kemasyarakatan di peringkat kampung. 


“Setiap ahli mempunyai tanggungjawab masing-masing seperti Setiausaha JKKK berperanan dalam menyedia dan membuat laporan semasa, dan Bendahari pula menyediakan penyata akaun yang tidak kurang pentingnya serta fungsi setiap ahli dalam setiap biro yang ada di setiap kampung. 

“Penduduk yakin dan percaya kepada kemampuan setiap ahli JKKK dalam menggalas tugas tersebut. Kepercayaan itu perlu dibalas dengan keyakinan bahawa JKKK mampu melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan demi pembangunan dan kesejahteraan bersama,” katanya selepas menyampaikan Sumbangan Dana Tahunan Kepada JKKK Kampung Bako Hulu pada baru-baru ini. 


Sementara itu, Pengerusi JKKK Kampung Bako Hulu Haji Wahed Sani melahirkan terima kasih kepada Dr Hazland di atas sumbangan tersebut dan akan memanfaatkanya demi pembangunan kampung.

“Mewakili JKKK Kampung Bako Hulu, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr Hazland atas sumbangan dana ini.

“Insya Allah, kami akan memanfaatkan dana ini dengan sebaik mungkin untuk kebaikan bersama dari segi pembangunan Kampung Bako Hulu,” katanya. 

Hadir sama ahli JKKK Kampung Bako Hulu dan ahli PBB Ranting Bako Hulu. -Buletin Demak Laut

No comments:

Post a Comment

Back To Top