Music

Header Ads

Tuesday, July 7, 2020

Penerima PPRMS Kampung Bako Hulu Ucap Terima Kasih Kepada ADUN Demak Laut

KUCHING: Dua orang penerima bantuan, Ibrahim bin Abdullah dan Let bin Usup masing-masing mengucapkan terima kasih kepada ADUN Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni di atas bantuan yang diberikan dalam baik pulih rumah mereka. 
Ibrahim berkata, dahulu rumahnya banyak mengalami kerosakan, tetapi selepas dibaik pulih menerusi PPRMS keadaannya berubah dan lebih selesa. 


“Sebelum ini rumah saya banyak mengalami kerosakan dan tidak selamat. Rosak di dapur, atap bocor, dinding berlubang, tandas dan bilik mandi tidak elok dan sebagainya. Bagaimanapun, selepas semuanya dibaik pulih oleh kontraktor, kini rumah saya selamat dan selesa,” katanya.

Seorang lagi penerima bantuan PPRMS, Let bin Usup turut mengakui bantuan baik pulih rumahnya ini telah mengubah kehidupan mereka sekeluarga daripada serba kekurangan, kini lebih selesa. 
“Kini, kami sekeluarga tidak perlu memikirkan cara untuk membaik pulih rumah kerana bantuan baik pulih rumah PPRMS telah berjaya mengubah kehidupan kami untuk lebih selesa,” katanya. 
Kedua-dua rumah penerima baik pulih rumah PPRMS ini telah pun siap pada Oktober 2019 dan kini mereka telah menjalani kehidupan yang lebih baik dari sebelumnya. 

No comments:

Post a Comment

Back To Top