Music

Header Ads

Tuesday, January 5, 2021

Pengundi Hari Ini Cukup Matang Dan Rasional Dalam Memilih Politik Pembangunan


DEMAK LAUT, Kuching: Pengundi hari ini bijak dalam memilih pemimpin yang benar-benar bekerja untuk mereka. 


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni berkata, ini kerana mereka yang merasai dan menilai perkhidmatan yang telah diberikan kepada masyarakat selepas dipilih pada pilihan raya.


“Sepanjang tempoh pemerintahan kerajaan hari ini dan sebelumnya, pengundi telah menyaksikan sendiri pembangunan yang telah dibawa pemerintah di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) selain kebajikan mereka turut dijaga. 


“Saya yakin dan percaya pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut kini berfikiran matang dan rasional dalam memilih pemimpin yang bersama mereka demi kesinambungan perjuangan politik pembangunan.


“Inilah yang masyarakat terutamanya pengundi mahukan di kawasan selain pentadbiran yang berkesan di peringkat negeri,” katanya semasa berucap dalam merasmikan penutupan Karnival Kampung Bako Indah pada Sabtu. 



Mengulas lanjut Dr Hazland menjelaskan pemimpin yang berkualiti ialah mereka yang berkhidmat kepada masyarakat tanpa perlu mengira tibanya pilihan raya.


“Berbanding ada segelintir pihak yang baru hari ini mula menampakkan muka dan bercakap mengenai pembangunan walaupun hakikatnya tiada apa sumbangan sama ada daripada individu atau parti yang diwakilinya,” ujarnya. 


Namun, beliau yakin dan percaya masyarakat mengenali individu dan parti yang boleh mewakili mereka untuk tempoh 5 tahun akan datang dan kerajaan negeri yang boleh membawa pembangunan pada masa akan datang.



Tambahnya lagi, politik kita hari ini adalah politik pembangunan dan bukannya politik pembohongan, bukan politik perpecahan, bukan politik hasutan, bukan politik kebencian dan bukan politik putar alam. -BULETIN DEMAK LAUT

No comments:

Post a Comment

Back To Top