Music

Header Ads

Thursday, January 7, 2021

Pelbagai Jenis Bantuan Disediakan Kerajaan GPS Pastikan Masyarakatnya Hidup Sejahtera


DEMAK LAUT, Kuching: Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) telah mewujudkan pelbagai jenis bantuan dan inisiatif untuk disalurkan bagi membantu masyarakat Sarawak. 


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni berkata bantuan-bantuan ini adalah sebagai tanda keprihatinan dan memenuhi tanggungjawab Kerajaan GPS ke atas keperluan setiap masyarakatnya. 


“Sejak dari dahulu lagi, kepimpinan Kerajaan Sarawak sangat mengambil berat terhadap keperluan masyarakatnya bagi memastikan kehidupan mereka terjamin, dibela dan sejahtera. 



“Malah, Kerajaan GPS yang ada ini juga telah meneruskan tradisi itu dengan mengadakan pelbagai bantuan dan inisiatif seperti Bantuan Ibu Bersalin, Endowment Fund Sarawak (EFS), Kenyalang Gold Card (KGC) dan Bantuan Ihsan Kematian (BIK). 


“Tidak cukup dengan itu, turut diwujudkan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS), Bantuan Nelayan Musim Tengkujuh, Bantuan Projek Luar Bandar (MRP)-Projek Pembaikan Rumah Miskin Sarawak (PPRMS) dan sebagainya,” katanya semasa mengadakan lawatan ke rumah yang menerima Projek MRP-PPRMS di Kampung Tabuan Tengah pada Selasa. 



Tambah Dr Hazland lagi, setiap bantuan yang disalurkan ini telah memberi sinar dan harapan kepada penerimanya.


“Misalnya, bantuan baik pulih rumah untuk golongan B40 ini merupakan salah satu inisiatif Kerajaan GPS kepada masyarakat yang berpendapatan rendah.


“Bantuan ini juga adalah 'penyelamat' kepada mereka yang memerlukan selepas sekian lama  berusaha mencari jalan penyelesaian dalam membaiki rumah mereka,” tambahnya. 



Dalam pada itu, beliau turut mendoakan kehidupan harian mereka yang mendapat bantuan ini bertambah selesa, selamat dan sejahtera.


Sebanyak 6 buah rumah yang terlibat dalam MRP-PPRMS di Kampung Tabuan Hilir dan Kampung Tabuan Tengah telah menerima lawatan daripada Dr Hazland. -BULETIN DEMAK LAUT

No comments:

Post a Comment

Back To Top