Music

Header Ads

Thursday, April 15, 2021

ADUN Demak Laut Hulurkan Bantuan Segera Kepada Mangsa Kebakaran Di Kampung Tabuan Melayu


DEMAK LAUT, Kuching: Sebuah rumah musnah dan dua lagi mengalami kesan terbakar 10 peratus dalam kebakaran yang berlaku di Kampung Tabuan Melayu pada Khamis. 


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni yang mendapat berita itu segera menghulurkan bantuan kepada keluarga mangsa. 


Katanya, kejadian yang berlaku pada pagi Khamis itu melibatkan tiga buah rumah dan empat buah keluarga. 


“Pusat Khidmat DUN N5 Demak Laut telah menghulurkan bantuan awal berupa makanan asas kepada mangsa-mangsa terbabit. 


“Ini untuk keperluan mangsa yang ketika ini sedang menjalani ibadah puasa dan keperluan harian. 


“Dalam pada itu, kita akan menilai keperluan mangsa berkaitan kemusnahan yang dihadapi. Bantuan baik pulih rumah akan dilaksanakan secepat mungkin,” katanya ketika diminta mengulas mengenai kejadian kebakaran yang berlaku di Kampung Tabuan Melayu pada Khamis. 


Sumbangan telah disampaikan wakil Pusat Khidmat N5 Demak Laut kepada empat Ketua Isi Rumah (KIR) yang terbabit. 



Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak dalam satu kenyataan media pada Khamis memaklumkan telah menerima panggilan kecemasan pada jam 8:19 pagi. 


Seramai 11 anggota Bomba dan Penyelamat yang diketuai Iskandar Apet dan sebuah FRT serta sebuah W/T dan sebuah Hilux telah bergegas ke lokasi kejadian. 


Kebakaran melibatkan sebuah rumah struktur jenis tidak kekal satu tingkat yang berkeluasan lebih kurang 20 x 40 kaki persegi dan musnah hampir 80 peratus. 


Turut musnah dua buah motosikal manakala  dua buah rumah berhampiran di sebelah kiri dan sebelah kanan hanya terbakar melibatkan 10 peratus. 


Pasukan Bomba berjaya mengawal kebakaran pada jam 8:46 pagi dengan menggunakan satu aliran 400 kaki sumber air daripada jentera. 


Operasi tamat sepenuhnya pada jam 9:20 pagi.

No comments:

Post a Comment

Back To Top