Music

Header Ads

Wednesday, April 14, 2021

GPS Mesti Bertanding Dan Menang Besar Di 82 Kerusi DUN Dalam PRN Sarawak Akan Datang


DEMAK LAUT, Kuching: Gabungan Parti Sarawak (GPS) mesti bertanding di kesemua 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dalam pilihan raya akan datang. 


Perkara ini ditegaskan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni bagi mengulas mengenai cadangan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Zuraida Kamaruddin bahawa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan menggunakan logo GPS untuk meletakkan calonnya. 


"Kita harus terus menyatakan bahawa GPS akan bertanding di semua 82 kerusi DUN Sarawak," katanya ketika diminta mengulas mengenai cadangan Bersatu bertanding menggunakan tiket atau logo GPS. 


Ujar Dr Hazland lagi, dengan meletakkan kesemua calon GPS yang terdiri daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP) di semua DUN  Sarawak sekaligus megelakkan kekeliruan bahawa calon Bersatu bertanding dalam pillihan raya atas tiket atau logo GPS. 


Mengenai kerusi DUN Krian, Dr Hazland menambah kerusi tersebut adalah milik GPS.


“Ketika ini DUN Krian diwakili Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Ali Biju yang merupakan ahli Bersatu. 


“Kemenangan Datuk Ali Biju di DUN Krian pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke 11 pada 2016 selepas mengalahkan calon PDP Kilat Beriak. 


"Jadi sebenarnya, Krian adalah tempat untuk GPS. Ia mesti dipertandingkan GPS,” tambahnya.


Jelas beliau lagi, kerusi Parlimen Saratok dan Puncak Borneo yang kini disandang Datuk Ali Biju dan Datuk Willie Mongin dari Bersatu juga dalah milik GPS. 


“Calon kami (GPS) dikalahkan. Kedua-dua kerusi parlimen ini mesti dipertandingkan GPS,” jelasnya. 

No comments:

Post a Comment

Back To Top