Music

Header Ads

Tuesday, May 11, 2021

Bantuan Segera Makanan Untuk 130 KIR Kampung Bako


DEMAK LAUT, Kuching: Susulan pengisytiharan Kluster Bako Hilir, Kuching oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak pada Selasa, Kampung Bako Hilir akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 12 hingga 25 Mei 2021. 


Sehubungan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni telah menyerahkan bantuan makanan kepada 130 Ketua Isi Rumah (KIR) yang diterima Penghulu Kampung Bako Janibah Hazmi pada Selasa. 


“Bermula Rabu, 12 Mei tidak dapat keluar dan menjalani kuarantin bagi Pengesanan Kes Aktif (ACD) dalam mengekang penularan wabak pandemik COVID-19. 


“Penduduk diminta mengikuti setiap arahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) demi keselamatan semua. 


“Banyakkan bersabar dan hadapi cabaran ini dengan mematatuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Aidilfitri demi keselamatan bersama,” katanya. 



Mengulas lanjut, Dr Hazland menjelaskan pengwujudkan Kluster Bako Hilir ini disebabkan penularan daripada aktiviti sosial.


“Untuk memastikan Kluster Bako Hilir ini dapat ditamat dengan segera, penduduk perlu mengikuti setiap arahan SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) untuk tidak melakukan aktiviti dan majlis sosial,” jelasnya. 


Dalam kenyataan harian COVID-19 Sarawak pada Selasa, JPBN Sarawak memaklumkan Kluster Bako Hilir merupakan satu kluster komuniti yang dikesan melibatkan empat buah keluarga di Kampung Bako Hilir.



Ianya melibatkan seorang perempuan warga tempatan berumur 24 tahun yang dikesan melalui saringan individu bergejala di Klinik Kesihatan Petra Jaya, Kuching pada 29 April 2021 dan disahkan positif COVID-19 pada 30 April 2021. 


Kes indeks yang yang merupakan seorang suri rumah, telah mendapat jangkitan dari komuniti dan telah merebakkan jangkitan kepada ahli keluarga dan kemudian kepada penduduk lain melalui kontak rapat dan kontak kasual. 

. 

Hasil aktiviti saringan pengesanan kes secara aktif melibatkan ahli keluarga dan kontak kasual kepada kes indek ini dan sehingga kini sebanyak 18 kes positif COVID-19 termasuk kes indeks dikesan dan 44 kes masih menunggu keputusan makmal. 

Kesemua 18 orang kes yang didapati positif COVID-19 telah dirujuk ke Hospital Umum Sarawak dan dimasukkan ke PKRC di daerah Kuching bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut. 

No comments:

Post a Comment

Back To Top