Music

Header Ads

Monday, May 17, 2021

PKPB ‘Circut Breaker’ 18 Mei Hingga 7 Jun, 3 Minggu Yang Kritikal


DEMAK LAUT, Kuching: Keputusan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak meneruskan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Circuit Breaker pada 18 Mei hingga 7 Jun 2021 adalah tepat bagi melandaikan lekuk penularan wabak VOVID-19 di Sarawak. 


Menurut Penyelaras Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Pesisir Kuching, Samarahan dan Lundu Dr Hazland Abang Hipni dalam tempoh tiga minggu ini adalah penting bagi memastikan wabak COVID-19 itu dapat ditangani dengan cara yang lebih berkesan. 


“Orang ramai terutama masyarakat, peniaga dan agensi kerajaan harus tingkatkan kerjasama dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan. 


“Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di peringkat kampung dan rumah panjang pula perlu tegas dengan meningkatkan pengawasan komuniti dan penguatkuasaan,” katanya kepada media sebagai mengulas pelaksanaan PKPB Circuit Breaker pada 18 Mei hingga 7 Jun 2021. 


Dalam pada itu, usaha pendaftaran bagi mendapatkan vaksin harus dipertingkatkan dalam memastikan Sarawak mencapai 80% peratus menerima vaksin COVID-19. 


Tambah Dr Hazland yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut menyeru semua masyarakat mematuhi SOP khususnya di musim perayaan Hari Raya Aidilfitri ini dan Gawai tidak lama lagi. 



“Teruskan patuhi SOP PKPB Circuit Breaker yang telah dikuatkuasa sebelum ini dengan larangan merentas daerah dan bahagian kecuali atas tujuan tertentu. 


“Begitu juga dengan tidak membenarkan mengadakan majlis sosial seperti kenduri kendara, majlis perkahwinan dan persandingan, majlis pertunangan, resepsi, majlis akikah, doa selamat, tahlil, sambutan ulang tahun, sambutan hari kelahiran, reunion, retreat dan lain-lain majlis sosial,” tambahnya. 


Kerjasama masyarakat penting dalam usaha memastikan penularan wabak COVID-19 dapat diturunkan dan ditangani dengan lebih berkesan.

No comments:

Post a Comment

Back To Top