Music

Header Ads

Thursday, June 25, 2020

Manfaatkan Dana Tahunan JKKK Demi Kesejahteraan Masyarakat Setempat, Fahami Fungsi Dan Peranan KMKK


KUCHING: Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) diminta manfaatkan sepenuhnya dana tahunan ini dengan mengadakan program dan aktiviti masyarakat setempat. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni berkata, pelbagai aktiviti boleh dirancang dan diadakan khususnya dalam memelihara keamanan dan kesejahteraan kampung.

“Walaupun kini, kita menjalani kehidupan norma baharu, ianya tidak menghalang kita untuk terus berbakti dan memberikan sumbangan kepada masyarakat setempat dengan mengadakan aktiviti bermanfaat.

“Gunakanlah dana ini untuk kesejahteraan masyarakat bersama supaya keselamatan kampung kita dijaga dan terpelihara,” katanya selepas menyampaikan sumbangan dana tahunan kepada JKKK Kampung Tabuan Dani dan Tabuan Lot pada Rabu.


Dalam pada itu, Dr Hazland juga meminta setiap Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) memberi fokus dan perhatian kepada setiap peranan dan tanggungjawab yang telah diamanahkan. 

“Misalnya, tugas dan perana Ketua Kaum ialah membantu Penghulu mentadbir kawasan di dalam bidang kuasanya, membantu kerajaan memelihara kebajikan penduduk di bawah jagaannya dan menggalakkan penduduk menyertai setiap kegiatan anjuran kerajaan. 

“Tanggungjawab lain Ketua Kaum ialah membantu pegawai kerajaan dalam melaksanakan tugas rasmi mereka, menyelesaikan pertikaian keluarga yang melibatkan undang-undang adat dan mengeratkan Perhubungan di antara rakyat dan kerajaan. 

“Di samping itu, tugas Ketua Kaum juga merangkumi mengumpul maklumat kelahiran dan kematian di kawasan masing-masing untuk dihantar ke Pejabat Daerah setiap hujung bulan dan melaksanakan tugasan yang diarahkan kerajaan dari semasa ke semasa,” ujarnya. -Buletin Demak Laut

No comments:

Post a Comment

Back To Top