Music

Header Ads

Wednesday, June 24, 2020

Pembinaan Semula Dua Buah Rumah Terbakar Di Kampung Tabuan Tengah Ringankan Beban Keluarga


KUCHING: Pembinaan kedua-dua rumah yang terbakar di Kampung Tabuan Tengah menerusi Program Penambahbaikan Rumah Rakyat Miskin Sarawak (PPRMS) telah membantu meringankan beban keluarga mereka. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni berkata, segala keperluan bahan binaan telah pun ada dan kerja-kerja pembinaan kini sedang dijalankan. 

“Kebakaran yang berlaku sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu telah menyebabkan dua buah rumah dan keluarga di Kampung Tabuan Tengah ini hilang tempat tinggal. 

“Pengumuman PKP yang bermula pada 18 Mac lalu juga telah menyebabkan kerja-kerja pembinaan semula rumah itu ditangguhkan dan hanya mula diadakan pada awal minggu ini. 

“Dengan kerja-kerja pembinaan rumah kini telah mula dijalankan, ianya akan memberi sinar kebahagian baharu kepada kedua-dua buah keluarga di samping meringankan beban mereka,” katanya selepas menyampaikan secara simbolik Perkakas Binaan Rumah Kepada Dua Buah Rumah Di Kampung Tabuan Tengah pada Selasa. 


Salah seorang penerima bantuan PPRMS, Azmi bin Alan, mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Sarawak dan ADUN Demak Laut di atas kelulusan membina rumah baharu ini selepas rumah asalnya musnah dalam kebakaran tempoh hari. 


“Terima kasih banyak kepada Kerajaan Sarawak dan Dr Hazland kerana meluluskan pembinaan rumah baharu ini. 

“Ianya telah memberikan kegembiraan kepada saya dan ahli keluarga dalam memiliki rumah baharu selepas rumah yang diduduki sebelum ini hangus terbakar,” katanya. 

Seorang lagi penerima PPRMS, Jili bin Drahman yang ditemui berkata bantuan membina rumah baharu ini telah memberi sinar baharu kepada ahli keluarga selepas rumahnya terbakar keseluruhannya. 


“Kami sekeluarga tidak menyangka akan menerima bantuan membina rumah baharu selepas segala-galanya musnah dalam kebakaran tempoh hari. 

“Rumah baharu ini nanti akan memberi sinar baharu kepada saya dan ahli keluarga untuk meneruskan kehidupan mendatang,” katanya. -Buletin Demak Laut

No comments:

Post a Comment

Back To Top