Music

Header Ads

Tuesday, June 23, 2020

Terima Kasih Dr Hazland Atas Bantuan Kewangan Kepada RELA Muara Tebas - Joli



KUCHING: Ketua Platoon RELA Muara Tebas, Joli bin Kadir mengucapkan terima kasih kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni di atas sumbangan dana ini bagi memastikan aktiviti rondaan RELA diteruskan dalam tempoh PKP Pemulihan.


“Beliau bukan sahaja memberi semangat kepada ahli-ahli Rela Kampung Muara Tebas, tetapi juga membantu dari segi kewangan untuk memastikan Pasukan RELA Muara Tebas bergerak dan mengawal selia keselamatan di sekitar Kampung Muara Tebas agar selamat dan sukses diduduki,” katanya semasa ditemui selepas menerima bantuan dana daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni pada Isnin.

No comments:

Post a Comment

Back To Top