Music

Header Ads

Tuesday, June 23, 2020

Peranan Pasukan RELA Cukup Penting, Pastikan Kampung Sentiasa Selamat - Dr Hazland


KUCHING: Pasukan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) merupakan salah satu pasukan barisan hadapan yang membantu dalam pencegahan penularan COVID-19. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni berkata, peranan yang dimainkan RELA cukup besar khususnya dalam menjaga dan mengawal keselamatan kampung termasuk semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP Bersyarat dan PKP Pemulihan. 

“Pasukan RELA sentiasa memastikan keselamatan kampung sentiasa terjamin selamat dari perkara tidak diingini berlaku seperti kecurian, pergaduhan, pengedaran dadah, penyeludupan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan sebagainya. 

“Mereka melakukan rondaan secara bergilir pada setiap malam termasuk hujung minggu. 

“Pada PKP, PKP Bersyarat dan PKP Pemulihan, RELA telah bekerjasama dengan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bagi menjaga keselamatan kampung dengan melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah penularan COVID-19,” katanya ketika diminta mengulas mengenai Penyerahan Sumbangan Dana Tahunan kepada Platoon RELA Muara Tebas pada Isnin. 

Sementara itu, Ketua Platoon RELA Muara Tebas, Joli bin Kadir mengucapkan terima kasih kepada Dr Hazland di atas sumbangan dana ini bagi memastikan aktiviti rondaan RELA diteruskan dalam tempoh PKP Pemulihan. 


“Beliau bukan sahaja memberi semangat kepada ahli-ahli Rela Kampung Muara Tebas, tetapi juga membantu dari segi kewangan untuk memastikan Pasukan RELA Muara Tebas bergerak dan mengawal selia keselamatan di sekitar Kampung Muara Tebas agar selamat dan sukses diduduki,” katanya. -Buletin Demak Laut

No comments:

Post a Comment

Back To Top