Music

Header Ads

Saturday, June 27, 2020

Dua Projek RTP Siap Di Kampung Hijrah Bako Ceriakan Penduduk, Teruskan Menyokong GPS


KUCHING: Keceriaan jelas terpancar di wajah penduduk di Kampung Hijrah Bako apabila dua buah Projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut, projek pembinaan sistem perparitan dan padang futsal telah siap dan boleh digunakan. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni berkata, kedua-dua projek RTP tersebut telah pun siap sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu. 

“Seperti yang pernah dijanjikan kepada penduduk Kampung Hijrah Bako sebelum ini, kedua-dua projek tersebut telah siap dan boleh digunakan penduduk khususnya padang futsal. 

“Padang futsal yang berharga RM200,000 itu lengkap dengan lampu limpah dan tandas itu akan memberi manfaat kepada belia-belia di Kampung Hijrah Bako dalam beriadah dan melahirkan bakat baru dalam sukan futsal. 

“Bagaimanapun, dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini, sukan futsal masih belum dibenarkan dan masih menunggu lampu hijau dari kerajaan,” katanya selepas mengadakan tinjauan ke atas kedua-dua Projek RTP di Kampung Hijrah Bako pada Jumaat. 


Sementara itu, ujar Dr Hazland lagi, siapnya sistem perparitan sepanjang 200 meter dengan kos sebanyak RM200,000 telah mengurangkan kegusaraan penduduk apabila hujan lebat dan air pasang besar yang sebelum ini telah menyebabkan banjir. 

“Alhamdulillah, projek pembinaan sistem perparitan di Kampung Hijrah Bako telah siap dan selepas ini penduduk tidak lagi perlu risau apabila hujan lebat dan air pasang besar. 

“Bagaimanapun, saya meminta setiap penduduk untuk menjaga kebersihan parit supaya sistem aliran lancar dari sebarang sampah atau sisa tanah,” ujarnya. 

Inilah berkat sokongan dan kesetiaan yang ditunjukkan penduduk kepada Kerjaan Sarawak di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang sememangnya sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat dan negeri ini. 


Hadir sama Penghulu Haji Lair bin Salleh, Ketua Kaum Kampung Hijrah Bako Ahet bin Jenis, Ketua Ranting PBB Ranting Hijrah Bako dan Ahli Jawatankuasa (AJK) Ranting Hijrah Bako. -Buletin Demak Laut

No comments:

Post a Comment

Back To Top