Music

Header Ads

Tuesday, June 30, 2020

Penganjuran Program Dan Aktiviti Perlu Patuhi SOP Ditetapkan, Hindari Daripada Dijangkiti COVID-19


KUCHING: Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) diingatkan supaya memastikan program dan aktiviti yang akan diadakan hendaklah berpandukan prosedur operasi standar (SOP) yang ditetapkan kerajaan. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni berkata, dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) setiap apa yang dilaksanakan perlu mematuhi SOP supaya kita selamat dan terhindar daripada dijangkiti COVID-19. 

“Dalam PKPP, kerajaan telah membuka sektor ekonomi dan membenarkan pelaksanaan program dan aktiviti untuk masyarakat, tetapi diadakan dengan mengikuti SOP. 

“Amalan seperti penjarakkan sosial, menggunakan pelitup mulut, tidak terlalu ramai dan sentiasa membasuh tangan dengan menggunakan hand sanitizer perlu dipratikan dari semasa ke semasa,” katanya semasa menyampaikan Dana Tahunan Kepada JKKK Kampung Hijrah Bako baru-baru ini. 


Menyentuh mengenai dana tahunan JKKK ini, Dr Hazland menasihati JKKK Kampung Hijrah Bako supaya membelanjakan dana ini mengikut aturan yang telah ditetapkan dan dipersetujui setiap ahli JKKK. 

“Dana tahunan ini boleh digunakan untuk mengadakan program dan aktiviti kemasyarakatan terutama dalam PKPP ini. 

“Bincang dan carilah kata sepakat untuk mengadakan program yang sesuai dan yang paling penting patuhi SOP PKPP ini,” ujarnya. -Buletin Demak Laut

No comments:

Post a Comment

Back To Top