Music

Header Ads

Thursday, June 3, 2021

Kestabilan Politik Sarawak Beri Manfaat Kepada Rakyat


DEMAK LAUT, Kuching: Kestabilan politik negeri Sarawak ketika ini telah memberi manfaat kepada rakyat termasuk menghadapi penularan wabak pandemik COVID-19. 


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni berkata, Kerajaan Sarawak di bawah pemerintahan Gabungan Parti Sarawak (GPS) bukan sahaja prihatin dan membela kebajikan rakyat menerusi pelbagai jenis Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) tetapi juga meneruskan projek pembangunan seperti tanah, perumahan, sosioekonomi serta melindung dan mempertahankan hak Sarawak.


“Kerajaan Sarawak telah membelanjakan lebih RM4.4 bilion BKSS bagi membantu rakyat mengharungi pandemik COVID-19 dengan yang terbaru RM1.4 bilion yang diumumkan Ketua Menteri Datuk Patinggi Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg. 


“Ini termasuklah pemberian bantuan wang tunai dan makanan serta subsidi bersasar kepada rakyat dan peniaga di negeri ini. 


“Tidak cukup dengan itu, Kerajaan GPS juga telah membelanjakan lebih RM91 juta bagi membeli dan membiayai kos perubatan menangani pandemik seperti membeli peralatan perubatan seperti ujian calitan COVID-19, Alat Pelindung Diri (PPE), mesin RT-PCR, pusat kuarantin, pelitup muka dan sebagainya,” katanya semasa ditemui selepas menyerahkan bahan PBB DUN Demak Laut di beberapa buah kawasan pada Rabu. 



Mengulas lanjut, membawa politik pembangunan yang telah dipraktikan sejak dari dahulu lagi, Dr Hazland menambah projek pembangunan di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sarawak tetap diteruskan demi manfaat rakyat selain terus membangunkan ekonomi Sarawak. 


“Selepas insiden Mei 2018, Kerajaan GPS tetap meneruskan agenda pembangunan mengikut acuan sendiri selepas Kerajaan Persekutuan ketika itu bawah pemerintahan Pakatan Harapan (PH) telah mendiskriminasi pembangunan Sarawak. 


“Banyak projek pembangunan yang telah dan akan diluluskan ketika itu dibatalkan hanya kerana Kerajaan GPS tidak sehaluan dengan Kerajaan PH dan keputusan itu telah merugikan rakyat Sarawak secara keseluruhannya. 


“Bagaimanapun, Kerajaan GPS yang ditadbir anak tempatan Sarawak tekad meneruskan pembangunan seperti Projek Transformasi Luar Bandar (RTP), Projek Kecil Luar Bandar (MRP), Projek Rakyat, Projek Penambahbaikan Rumah Miskin Sarawak (PPRMS) dan sebagainya demi untuk rakyat negeri ini,” ujarnya. 



Jelas Dr Hazland lagi, penubuhan GPS dengan objektif utamanya ialah membela dan mempertahankan hak Sarawak seperti yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963 tidak pernah pudar dan menjadi asas perjuangan dalam memartabatkan hak  rakyat Sarawak dalam Malaysia. 


Hakikatnya pada hari ini, rakyat Sarawak terus menikmati manfaat pembangunan dan kebajikan rakyat sentiasa dibela serta diipelihara. 


Dalam pada itu, penggal pentadbiran Kerajaan Sarawak yang akan tamat pada 6 Jun ini akan diteruskan seperti biasa seperti mana nasihat Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. 


Ini selepas keadaan COVID-19 yang agak membimbangka dan baginda menasihati Kerajaan Sarawak berfungsi seperti biasa dengan kuasa mengikut Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021


Tempoh DUN Sarawak adalah sehingga 6 Jun ini dan mengikut Perlembagaan Negeri itu, DUN harus dibubar dan pilihan raya perlu diadakan.


Bagaimanapun, Kerajaan Sarawak boleh terus berfungsi seperti biasa sepanjang tempoh darurat diperkenankan baginda melalui pengisytiharan yang berkuat kuasa 11 Januari lalu hingga 1 Ogos ini. 

No comments:

Post a Comment

Back To Top