Music

Header Ads

Sunday, July 29, 2018

PBB DUN Demak Laut Perkasakan Pemuda Melalui Kursus Industri Pembuatan


KUCHING - Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) N.5 Demak Laut hari ini bersetuju akan memperkasakan golongan pemuda yang tinggal di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.5 Demak Laut dengan ilmu kemahiran dalam Industri Pembuatan sehingga hujung tahun ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.5 Demak Laut Dr Hazland Hipni berkata pelbagai aktiviti dan kursus telah dirancang bagi membolehkan pemuda di kawasan DUN N.5 Demak Laut memperoleh kemahiran dalam industri pembuatan sebagai memenuhi aspriasi Kerajaan negeri Sarawak melahirkan tenaga mahir tempatan sekaligus meningkatkan sosioekonomi mereka.
"Pagi ini saya telah mengadakan perbincangan dengan Ahli Jawatan Kuasa (AJK) Pemuda PBB DUN N.5 Demak Laut bagi merangka dan membincangkan aktiviti dan kursus yang akan diadakan di kawasan DUN Demak Laut sehingga hujung tahun 2018.
"Pada kali ini, Pemuda PBB N.5 DUN Demak Laut akan memberi tumpuan kepada kursus persijilan dalam Industri Pembuatan Perniagaan Kecil dan Sederhana seperti 'semen fero', pendawaian, kimpalan, 'fibreglass' dan pembinaan," katanya. 
Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan perbincangan bersama AJK Wanita PBB N.5 Demak Laut di Pusat Khidmat N5 Demak Laut, semalam.

Menurut Dr Hazland lagi, bidang kemahiran dalam Industri Pembuatan ini kini menjadi semakin penting terutama dalam memenuhi pasaran guna tenaga kerja mahir selain memenuhi aspriasi Kerajaan Negeri Sarawak melahirkan lebih ramai tenaga mahir bagi kemajuan negeri akan datang. 
"Sebagai sebuah kawasan industri terkemuka di Sarawak, sejajar dengan namanya Demak Laut, adalah menjadi tanggungjawab saya sebagai wakil rakyat di kawasan ini memberikan sokongan penuh kepada aktiviti dan kursus kemahiran sebegini.

"Ini membolehkan penduduk setempat mengambil bahagian dalam pembangunan industri di kawasan Demak Laut yang semakin membangun," ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Back To Top