Music

Header Ads

Sunday, July 29, 2018

Wanita Di DUN Demak Laut Akan Diperkasakan Menerusi Kursus Industri Makanan


KUCHING - Golongan wanita di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.5 Demak Laut akan diberikan latihan dan kursus dalam mempertingkatkan kemahiran mereka dalam industri makanan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.5 Demak Laut Dr Hazland Hipni berkata industri makanan kini mula mendapat tempat di kalangan masyarakat di mana ia bukan sahaja membolehkan golongan wanita mendapatkan kemahiran, tetapi juga dapat meningkatkan pendapatan harian mereka.

"Pagi ini (semalam) saya bersama Ahli Jawatan Kuasa (AJK) Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) N.5 Demak Laut telah merangka dan menyusun atur pelbagai program khusus untuk golongan wanita di kawasan DUN Demak Laut sehingga hujung tahun 2018.
"Fokus kami pada kali ini adalah untuk memperkasakan golongan wanita di dalam bidang ekonomi menerusi beberapa penganjuran kursus pensijilan di dalam industri makanan.
"Ini disebabkan industri makanan seperti makanan sejuk beku (frozen food) dan kulinari kini dilihat suatu bidang yang bukan sahaja penting dalam mempelajari kemahiran, tetapi juga mampu meraih pendapatan sekaligus meningkatkan sosioekonomi masyarakat setempat," katanya. 

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan perbincangan bersama AJK Wanita PBB N.5 Demak Laut di Pusat Khidmat N5 Demak Laut, semalam.

No comments:

Post a Comment

Back To Top