Music

Header Ads

Saturday, August 25, 2018

ADUN Demak Laut Menyampaikan Daging Korban Dan Aqiqah Sumbangan Kumpulan Senari Synergy Sdn Bhd Di Kampung Senari


KUCHING, 25 Ogos - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland bin Abang Hipni hadir di Majlis Qurban dan Aqiqah Kumpulan Senari Synergy Sdn Bhd, sebuah syarikat milik Kerajaan Negeri Sarawak  di Pusat Komuniti Kampung Senari di sini, petang ini. 

Pada majlis itu, Dr Hazland telah menyampaikan sumbangan daging korban kepada 27 orang penerima yang terdiri daripada golongan asnaf dari Kampung Bako, Kampung Muara Tebas, Kampung Beradek/Semilang, Kampung Goebilt dan Kampung Senari serta anak-anak Permata Synergy. 

Mereka ini telah diwakilkan oleh penghulu dan ketua kaum kampung masing-masing. 

Manakala, bagi anak-anak Permata Synergy mereka sendiri telah menerima daging korban daripada ADUN Demak Laut. 

Sebanyak 4 ekor lembu telah disumbangkan Kumpulan Synergy kepada penduduk-penduduk Kampung Senari pada Hari Raya Aidiladha pada tahun ini. 

Terdahulu upacara sembelihan telah dilakukan di Padang Bola Sepak Kampung Senari manakala memotong, melapah dan membungkus telah diadakan di Masjid Darul Aman, Kampung Senari. 


Turut sama hadir Pengarah Urusan Kumpulan Senari Synergy Haji Jefri Ahmad Tambi, Penghulu Kampung Beradek Haji Bolhassan bin Ibrahim, Penghulu Kampung Selabat Haji Ali bin Matsah, Penghulu Kampung Bako Hajah Janibah bte Hazemi dan Ketua Kaum Kampung Senari Haji Ali bin Amit dan Ketua Kaum Kampung Gobeilt Haji Mokhtar bin Ghani. 

No comments:

Post a Comment

Back To Top