Music

Header Ads

Sunday, August 26, 2018

39 Orang Penerima Dari Kampung Tabuan Lot Terima Sumbangan Daripada ADUN Demak Laut


KUCHING, 25 Ogos - Seramai 39 orang penerima dari Kampung Tabuan Lot yang terdiri daripada warga emas, ibu tunggal, orang kurang upaya (OKU) dan anak yatim hadir menerima sumbangan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland bin Abang Hipni dalam satu majlis yang diadakan di Surau Darulsalam di sini, petang tadi.
Daripada jumlah itu, seramai 25 orang daripadanya merupakan warga emas, 6 orang ibu tunggal, 7 orang anak yatim dan seorang adalah OKU.

Turut sama hadir Penghulu Haji Jas bin Said, Ketua Kaum Kampung Tabuan Lot Hajah Rokiah bte Tamben, Imam Surau Darul Salam, Ketua Ranting PBB Kampung Tabuan Lot, Ketua Wanita PBB Ranting Kampung Tabuan Lot, dan ahli-ahli Ranting PBB Kampung Tabuan Lot.

No comments:

Post a Comment

Back To Top