Music

Header Ads

Sunday, August 26, 2018

Dr Hazland Rasmikan Majlis Musyawarah Dan Gotong Royong Penduduk Kampung Muhibbah


KUCHING, 26 Ogos - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland bin Abang Hipni hadir di Majlis Musyawarah Penduduk Kampung Muhibbah dan Program Aktiviti Gotong-Royong Menebas Belukar di Kawasan Dewan Serbaguna, Kampung Muhibbah di Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Muhibbah, pagi ini. 


Program ini anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Muhibbah dan merupakan yang pertama kali dianjurkan seumpamanya ini di Kampung Muhibbah. 


Turut sama hadir Ketua Kaum Kampung Muhibbah Haji Yusuf bin Haji Suhaili merangkap Pengerusi JKKK Kampung Muhibbah, Ketua Ranting PBB Kampung Muhibbah Salam bin Sabli dan Ketua Wanita Ranting PBB Kampung Muhibbah Halimah bte Hamdan. 

No comments:

Post a Comment

Back To Top