Music

Header Ads

Friday, August 31, 2018

6 Projek RTP Zon Tabuan Melayu Dan Drahman Bernilai RM2.02 Juta Mula Dilaksanakan Pada Tahun Ini


KUCHING, 31 Ogos - Sebanyak RM2.02 juta Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) akan dilaksanakan di kawasan Zon Tabuan Melayu dan Drahman pada tahun ini.

Ini disahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland bin Abang Hipni dalam satu majlis ringkas Pengesahan Projek-Projek RTP 2018 Zon Tabuan Melayu dan Drahman bersama Agensi-Agensi Pelaksana Majlis Bandaraya Kuching Utara (MBKS) di sini, petang semalam.
"Sebanyak 6 projek RTP yang kebanyakannya melibatkan pembinaan sistem perparitan baru akan mula dilaksanakan pada tahun ini. 
"Projek ini mesti dilaksanakan pada tahun ini juga dan siap dalam tempoh 6 hingga 9 bulan akan datang," katanya.

Beliau berkata demikian selepas hadir bagi menyaksikan Pengesahan Projek-Projek RTP 2018 Zon Tabuan Melayu dan Drahman di Pusat Khidmat DUN Demak Laut. 

Turut hadir Penghulu Jas bin Said, Kaunselor Sebali Chik, pegawai jurutera MBKS dan semua Ketua Kaum Zon Tabuan.

No comments:

Post a Comment

Back To Top