Music

Header Ads

Saturday, September 1, 2018

Pestabola Merdeka Bako Hulu Akan Dianjurkan Dalam Skala Lebih Besar Pada Masa Akan Datang - Dr Hazland


SABTU, 1 September - "Kita akan menganjurkan Pestabola Merdeka Bako Hulu ini pada skala yang lebih besar pada masa akan datang," ujar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Hipni semasa majlis penutupan Pestabola Merdeka Kampung Bako Hulu di sini, semalam.
Sebanyak 6 pasukan lelaki dan dua pasukan wanita telah mengambil bahagian dalam kejohanan yang mengambil masa selama dua bulan ini.

Menurut Dr Hazland lagi, pihaknya di Pusat Khidmat DUN Demak Laut bersama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Seberkas, Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Ranting Kampung Bako Hulu menganjurkan pertandingan bola sepak seperti ini adalah atas minat mendalam di samping mengukuhkan perpaduan yang sedia ada terjalin di kalangan penduduk kampung.
"Saya menyokong penganjuran pertandingan seperti ini di kalangan penduduk atas minat mendalam terhadap sukan bola sepak.
"Di samping itu, saya yakin dan percaya di sepanjang berlangsungnya pertandingan ini telah berjaya mengeratkan silaturahim di kalangan penduduk semua," ujarnya.

Pada perlawanan akhir itu, pasukan Yunan FC telah berjaya muncul juara selepas mengalahkan pasukan Nyulong FC dalam perlawanan akhir yang disaksikan kira-kira 1,000 orang penduduk.
Sementara itu, bagi wanita pasukan Wanita Seberkas Bako Hulu (Biru) telah dinobatkan sebagai juara apabila berjaya mengalahkan pasukan Wanita Seberkas Bako Hulu (Merah) dalam perlawanan persembahan.
Turut sama hadir Penghulu Bako Hajah Janibah bte Hazemi, Ketua Kaum Kampung Bako Hulu Hj Wahed Sani dan Ketua-ketua Seberkas, KRT dan PBB Kampung Bako Hulu. 

No comments:

Post a Comment

Back To Top