Music

Header Ads

Sunday, September 2, 2018

PBB Demak Laut Raikan 22 Orang Pegawai KEMAS Di Majlis Jasamu Dikenang


KUCHING, 2 September - Seramai 22 orang pegawai dari Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) telah diraikan dalam satu Majlis Jasamu Dikenang pada Jumaat lalu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland bin Abang Hj Hipni berkata, mereka ini adalah pegawai KEMAS yang telah memegang jawatan dalam parti dan jasa mereka selama ini akan tetap dikenang dan diabadikan dalam sejarah perjuangan politik di DUN Demak Laut.

"Terima kasih kepada anda semua yang selama ini telah menabur bakti di atas perjuangan parti.
"Jasa dan budi anda semua amat saya hargai dan akan dingat sampai bila-bila. 
"Nasihat saya, teruskan perjuangan dalam memajukan anak bangsa demi anak Sarawak dan Ibu Pertiwiku," katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap di Majlis Merdeka Raya dan Jasamu Dikenang yang diadakan di Hotel Grand Dormani Rajah Court, Jumaat lalu.

Dr Hazland turut berkata, penganjuran program ini juga diadakan bagi mengukuhkan lagi perpaduan di kalangan ahli-ahli parti sama ada di peringkat cawangan mahupun ranting bersempena sambutan perayaan Hari Raya Aidiladha dan Hari Kemerdekaan Ke 61.
"Dalam meraikan pegawai dan staf KEMAS pada malam ini, program malam ini juga turut kita gabungkan bersama Hari Raya Aidiladha dan Kemerdekaan Ke-61 yang disambut pada hari ini (Jumaat), 31 Ogos.
"Untuk itu, kita telah menjemput semua Ahli Jawatankuasa (AJK) Tertinggi Wanita dari semua 28 Ranting PBB di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut yang dihadiri kira-kira 130 orang ahli.
"Saya percaya perpaduan yang ada di dalam cawangan dan ranting PBB di DUN Demak Laut pada hari ini sentiasa utuh dan terjalin dalam suasana yang harmoni," ujarnya.
Turut hadir Ketua Wanita PBB Cawangan DUN Demak Laut Rokiah bte Tamben, Pegawai KEMAS Santubong Haji Kushairi Salleh dan Penghulu Bako Hajah Janibah bte Hazemi.

No comments:

Post a Comment

Back To Top