Music

Header Ads

Saturday, October 3, 2020

Bengkel Keibubapaan Platform Terbaik Berkongsi Ilmu Mencari Pendekatan Pendidikan Sempurna Untuk Anak-Anak



DEMAK LAUT, Kuching: Ibu bapa dan penjaga perlu bersama dengan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan agensi lain dalam mencari dan memastikan pendekatan terbaik untuk anak-anak mendapat pendidikan sempurna. 


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni berkata, menerusi Bengkel Keibubapaan ini, ianya merupakan platform terbaik untuk berkongsi ilmu antara jabatan serta agensi yang dijemput bersama-sama dengan ibu bapa/penjaga. 


“Antara objektif pelaksanaan bengkel ini ialah mewujudkan kesinambungan pendidikan awal kanak-kanak Tabika dan di rumah dan memberikan pengetahuan dan kemahiran kepada ibu bapa/penjaga dalam bidang pendidikan anak-anak.



“Selain itu, ia memberikan pengetahuan dan kemahiran kepada ibu bapa/penjaga dalam menyediakan makanan sihat dan berkhasiat sertta amalan pemakanan yang baik untuk anak-anak dan memberi kesedaran kepada ibu bapa/penjaga mengenai kepentingan perkembangan kanak-kanak berumur 0 hingga 6 tahun. 


“Juga, meningkatkan kefahaman Ibu bapa/ penjaga Mengenai peranan dan tanggungjawab ibu bapa/ penjaga terhadap anak-anak dan memberikan pendedahan berkenaan isu-isu semasa,” katanya. 


Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Penangguhan Bengkel Keibubapaan anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Bahagian Kuching di Pusat Konvensyen Centre Demak baru-baru ini. 


Bengkel kali ini telah melibatkan penyertaan 730 orang melibatkan 41 buah kelas Tabika dengan kanak-kanak seramai 690 orang dan dua buah Taska dengan kanak-kanak seramai 42 orang. 



Dalam perkembangan berkaitan, Dr Hazland mengucapkan tahniah kepada KEMAS Bahagian Kuching yang telah mendapat tempat terbaik dalam beberapa acara yang dipertandingkan pada Hari Potensi KEMAS Sarawak. 


“Anak-anak KEMAS Bahagian Kuching telah berjaya mendapat naib johan bagi dua acara dan tiga acara lagi mendapat tempat ketiga. 


“Hari Potensi yang merupakan agenda tahunan dalam kalender KEMAS yang diadakan secara berselang seli antara acara bakat (indoor) dan sukan (outdoor).


“Pada tahun ini, penganjuran Hari Potensi diadakan secara digital atau multimedia berikutan penularan wabak pandemik COVID-19. 


“Tahniah dan syabas kepada KEMAS Bahagian Kuching atas kejayaan itu,” ujarnya. 



Kepada ibu bapa dan penjaga supaya terus memberikan sokongan kepada pendidikan awal kanak-kanak sama ada di peringkat Tabika mahupun Taska untuk memastikan anak-anak mendapat pendidikan terbaik demi masa depan mereka. -Buletin Demak Laut

No comments:

Post a Comment

Back To Top