Music

Header Ads

Monday, December 7, 2020

Berita Gembira Untuk Penduduk Kampung Tabuan Dani, Pembinaan Padang Futsal Diluluskan


DEMAK LAUT, Kuching: Penduduk di Kampung Tabuan Dani kini boleh menarik nafas lega dan bersyukur apabila Pembinaan Padang Futsal diluluskan. 


Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni, kelulusan itu dibuat selepas masalah tanah yang menjadi persoalan di Kampung Tabuan Dani itu dapat diselesaikan. 


“Peruntukkan bagi membina sebuah Padang Futsal di Kampung Tabuan Dani telah pun diadakan, tetapi menghadapi masalah tapak.


“Ini menyebabkan kesukaran untuk membina Padang Futsal di kampung itu biarpun mempunyai peruntukkan di bawah Projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP). 


“Bagaimanapun, masalah itu akhirnya dapat diselesaikan apabila ada penduduk kampung yang mewakafkan tanah bagi membina padang futsal itu,” katanya. 



Beliau berkata demikian semasa mempengerusikan Sesi Dialog Bersama Kepimpinan Kampung Tabuan Dani pada Ahad. 


Ujar Dr Hazland lagi, pembinaan Padang Futsal Kampung Tabuan Dani itu  akan dilaksanakan secara gotong-royong oleh penduduk kampung dan diselia Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) mengikut spesifikasi yang ditetapkan. 


Selain itu, beliau turut menjelaskan secara terperinci mengenai projek perumahan baharu yang terletak di Muara Tabuan. 


“Penduduk di Kampung Tabuan Dani dan sekitarnya boleh memeriksa nama mereka yang memohon rumah di perumahan baharu di Muara Tabuan dengan staf di Pusat Khidmat N5 Demak Laut. 



“Ini bagi memastikan tiada nama yang tercicir dalam permohonan rumah itu yang dikhususkan kepada setiap isi rumah yang tinggal di kawasan Kampung Tabuan yang menduduki tanah kerajaan, tanah hak milik orang lain dan rezab sungai.


“Jika belum memohon, permohonan sentiasa dibuka dengan nama dan dokumen yang diperlukan boleh berhubung terus dengan Pejabat Pusat Khidmat N5 Demak Laut, atau mesej ke nombor 017-8585007 untuk sebarang pertanyaan” jelasnya. 



Mengenai bantuan sumbangan lain seperti kepada golongan warga emas, asnaf, pengajian tinggi, bencana dan pesakit kronik masih diteruskan serta keperluan seperti kursus kemahiran pensijilan, bantuan nelayan dan baik pulih rumah di bawah Projek Penambahbaikan Rumah Miskin Sarawak (PPRMS) juga jalankan mengikut permohonan semasa. -BULETIN DEMAK LAUT

No comments:

Post a Comment

Back To Top