Music

Header Ads

Saturday, December 5, 2020

Pelaksanaan Projek RTP Dibuat Menerusi Peruntukkan Tahunan Bukannya Dalam Bentuk Wang Tunai



DEMAK LAUT, Kuching: Pelaksanaan Projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini sejak tahun 2015 itu adalah menerusi peruntukkan yang disalurkan kepada Pejabat Residen dan Pejabat Daerah. 


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni berkata, ini adalah selaras dengan peraturan yang digunapakai Kerajaan Sarawak sebelum dan sekaligus menangkis dakwaan pembangkang yang mengatakan Projek RTP itu disalurkan dalam bentuk wang tunai. 


“Projek RTP yang memasuki tahun ke lima pelaksanaannya tahun ini adalah mengikut peraturan dan garis panduan kewangan yang ketat. 


“Ini kerana setiap permohonan Projek RTP perlu menerusi prosedur, penilaian, dan penapisan yang terperinci sebelum dilaksanakan.


“Setiap tahun sebanyak RM5 juta telah diperuntukkan kepada setiap ADUN bagi melaksanakan Projek RTP di kawasan mereka di mana ia adalah permohonan daripada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).


“Peruntukkan ini akan diuruskan Pejabat Residen dan Daerah berdasarkan senarai projek yang telah diluluskan sebelum cabutan undi dilakukan. Juga, setiap Projek RTP diselia oleh agensi kerajaan serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dan Majlis Perbandaran Padawan (MPP).


“Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) dan JKKK akan bertindak dalam memantau perkembangan projek tersebut,” katanya. 



Beliau berkata demikian semasa ditemui selepas meninjau Projek RTP Gelanggang Sepak Takraw di Kampung Bako Hilir pada Khamis. 


Mengenai Projek RTP Gelanggang Sepak Takraw yang bernilai RM100,000 di Kampung Bako Hilir, Dr Hazland berkata ianya berjalan lancar. 


“Projek Pembinaan Gelanggang Sepak Takraw itu kini sedang dilaksanakan dan berjalan lancar.


“Siapnya gelanggang ini akan membolehkan belia-belia di Kampung Bako Hlir dan sekitarnya beriadah dan bersukan dalam permainan sepak takraw. 


“Ini sekaligus menjauhkan mereka ini daripada terlibat dalam gejala negatif dan tidak sihat,” katanya. 


Selain Gelanggang Sepak Takraw, ada beberapa Projek RTP yang sedang dilaksanakan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut. -BULETIN DEMAK LAUT

No comments:

Post a Comment

Back To Top