Music

Header Ads

Wednesday, December 2, 2020

49 Buah Keluarga Dari Kampung Bako Terjejas Akibat Banjir Air Pasang Besar Menerima Sumbangan Ikhsan Daripada ADUN Demak Laut


DEMAK LAUT, Kuching: Seramai 49 buah keluarga dari Kampung Bako Hulu, Tengah dan Hilir yang terjejas akibat banjir disebabkan air pasang besar menerima sumbangan ikhsan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni. 


Dalam ucapannya, Dr Hazland meminta penduduk bersabar atas apa yang berlaku kerana kejadian air pasang besar itu merupakan sebahagian dari kejadian alam. 


“Fenomena air pasang besar dan banjir yang berlaku saban tahun itu menjadi lumrah alam khususnya bagi kawasan yang berdekatan dengan laut dan sungai.


“Diharapkan sumbangan ini akan dapat meringankan beban keluarga yang terkesan dengan kejadian air pasang besar itu,” katanya semasa ditemui selepas menyampaikan sumbangan bantuan kepada penduduk dari Kampung Bako Hulu, Tengah dan Hilir yang terjejas akibat banjir kilat pasang besar pada Selasa. 



Sementara itu, Dr Hazland turut mengingatkan penduduk-penduduk yang tinggal berdekatan dengan laut dan sungai di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut agar bersiap sedia dalam menghadapi banjir berikutan perubahan Monsun Timur Laut yang membawa hujan lebat.


“Penduduk yang tinggal di kawasan tepi laut dan sungai di DUN Demak Laut digesa bersiap sedia menghadapi banjir akibat hujan lebat berikutan perubahan Monsun Timur Laut.


“Pada ketika ini juga cuaca tidak menentu dengan hujan lebat kerap berlaku pada waktu petang dan malam. 


“Penduduk juga digesa untuk menyimpan dokumen penting dan peralatan elektrik di tempat tinggi dan selamat bagi mengelak musnah akibat banjir,” ujarnya. 


Sebahagian besar kawasan penempatan penduduk di DUN Demak Laut terletak di tepi laut dan sungai yang terdedah kepada banjir sekiranya bertembung dengan air pasang dan juga penempatan di kawasan rendah. -Buletin Demak Laut

No comments:

Post a Comment

Back To Top