Music

Header Ads

Monday, September 3, 2018

Aktiviti Sukan Futsal Berjaya Eratkan Perpaduan Penduduk Kampung Tabuan Dani


KUCHING, 3 September - Hari ini (1 September) merupakan hari bersejarah bagi penduduk Kampung Tabuan Dani di atas kejayaan penganjuran aktiviti sukan futsal dan sekaligus berjaya mengukuhkan lagi perpaduan penduduk kampung.
Kehadiran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Haji Hazland bin Haji Abang Hipni telah menyemarakkan lagi suasana program Futsal Rembat Sampai Gol anjuran Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Tabuan Dani.

"Tahniah dan syabas kepada Pemuda PBB Tabuan Dani dengan kerjasama Wanita PBB Tabuan Dani dan Ranting PBB (Kaum Bapa) kerana telah berjaya menganjurkan program sukan yang sangat baik dan meriah ini.
"Saya percaya, dengan keizinanNya segala yang kita rancang selama ini akan dipermudahkan seperti mana yang kita saksikan pada hari ini. Alhamdulillah.
"Tidak lupa juga kepada penaja perlawanan Persahabatan Bola Sepak Wanita, DP Corporation & DP Ais Krim Gula Apong yang telah menaja jersi perlawanan, trofi dan medal," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan di Majlis Perasmian 'Futsal Rembat Sampai Gol' di sini, Sabtu lepas.

Terdahulu, Ketua Pemuda PBB Tabuan Dani Supian Lapok mengucapkan terima kasih kepada ADUN Demak Laut di atas kehadiran di dalam program ini dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada pasukan yang menang.
"Setinggi ucapan terima kasih kepada wakil rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut Dr Haji Hazland bin Haji Abang Hipni di atas kehadiran dalam menjayakan program 'Futsal Rembat Sampai Gol'.
"Kehadiran Dr Haji Hazland telah memberikan suntikan semangat kepada penduduk dan anak-anak Kampung Tabuan Dani untuk penganjuran program sebegini. Adalah diharapkan program sukan ini dapat dijadikan acara tahunan pada masa akan datang.
"Apa yang lebih penting, kami telah berjaya menghimpunkan penduduk Kampung Tabuan Dani dari segenap lapisan masyarakat dan umur untuk sama-sama menjayakan program sukan pada hari ini," katanya.

Hadir sama Ketua Kaum Kampung Tabuan Dani Haji Gapor Basah dan Ketua Ranting PBB Tabuan Dani Rahmat bin Sabang.

No comments:

Post a Comment

Back To Top