Music

Header Ads

Wednesday, September 5, 2018

Minat Dan Usaha Mampu Lahirkan Usahawan Berjaya - Dr Haji Hazland


KUCHING, 5 September - Seramai 18 orang belia dari Kampung Muhibbah telah menghadiri Kursus Asas Gunting Rambut Lelaki yang diadakan di Kolej Komuniti Santubong di sini, Ahad lepas.
Kursus ini merupakan inisiatif Pusat Khidmat DUN Demak Laut dengan kerjasama Kolej Komuniti Santubong dalam melahirkan usahawan belia yang produktif dan maju.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Haji Hazland bin Haji Abang Hipni, seseorang yang mempunyai minat dan disusuli dengan usaha yang berterusan boleh melahirkan usahawan yang berjaya suatu hari nanti.
"Minat boleh dikomersialkan sejajar dengan usaha yang berterusan tanpa rasa jemu.
"Apa yang dilakukan hari ini adalah usaha untuk melahirkan usahawan dengan minat untuk berjaya.
"Ini sekaligus mampu membawa kepada perubahan sosioekonomi belia pada masa akan datang," katanya.

Turut hadir Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Kampung Muhibbah Muliadi bin Panot.
Kata Dr Haji Hazland lagi, belia yang hadir pada kursus ini akan memperoleh sijil yang dikeluarkan Kolej Komuniti Santubong dan boleh memohon bantuan daripada kerajaan untuk membuka perniagaan.
"Belia yang hadir pada kursus ini berpeluang membuka salun atau kedai gunting rambut ini dengan memohon bantuan daripada kerajaan.
"Bidang perniagaan salun ini kini menjadi suatu trend kepada golongan belia dan mampu menjana pendapatan sekaligus meningkatkan ekonomi belia," ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Back To Top