Music

Header Ads

Wednesday, September 5, 2018

ADUN Demak Laut Bersembahyang Isyak Berjemaah Di Kampung Tabuan Haji Drahman


KUCHING, 5 September - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Haji Hazland bin Haji Abang Hipni telah bersama penduduk Kampung Tabuan Haji Drahman bagi menunaikan solat Isyak berjemaah di Masjid Darul Falah di sini, malam tadi.
Ini merupakan aktiviti rutin ADUN Demak Laut itu bagi bertemu dengan penduduk kampung di kawasannya.
Menjadi kelaziman Dr Haji Hazland untuk sama-sama menunaikan solat berjemaah Maghrib dan Isyak di beberapa buah surau atau masjid di kawasan Demak Laut.

Menerusi cara ini, penduduk boleh terus berhubung dan mengemukakan permasalahan kampung dengannya dengan lebih cepat lagi.
Amalan ini telah dilakukan sejak sekian lama dan mendapat sambutan yang baik di kalangan masyarakat.

No comments:

Post a Comment

Back To Top