Music

Header Ads

Friday, August 24, 2018

Penduduk Kampung Tanjong Bako Rasa Syukur Dan Gembira Terima Sumbangan Lembu Daripada ADUN Demak Laut


KUCHING, 23 Ogos - Biarpun lembu tiba lewat dari jadual asal di Kampung Tanjong Bako, penduduknya tetap berasa syukur dan gembira di atas sumbangan lembu itu di kampung mereka di sini, semalam.
Lembu itu merupakan sumbangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland bin Abang Hipni bersempena Hari Raya Aidiladha pada tahun ini.
Pada tahun ini sebanyak 8 ekor lembu telah disumbangan ADUN Demak Laut di 8 buah kampung di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut termasuklah di Kampung Tanjong Bako ini.

Mengikut jadual, lembu itu sepatutnya datang pada jam 2 petang, tetapi lewat disebabkan kesukaran menurunkan beberapa ekor lembu di beberapa kampung disebabkan tindakan agresif lembu tersebut. 
Sampai saja di Kampung Tanjong Bako, lembu itu kemudiannya dibawa ke tempat penyembelihan untuk disembelih. 
Dr Hazland turut sama menyaksikan upacara sembelihan itu dan turut sama disaksikan puluhan penduduk kampung yang hadir.

Selepas sembelih, daging lembu itu akan dilapah dan dibersihkan, dan dagingnya diagihkan kepada penduduk-penduduk Kampung Tanjong Bako.
Turut sama hadir Ahli Jawatankuasa (AJK) PBB Ranting Kampung Tanjong Bako dan AJK Seberkas Kampung Tanjong Bako.

No comments:

Post a Comment

Back To Top