KUCHING - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N5 Demak Laut Dr Hazland bin Abang Hipni mengambil peluang bersembahyang Jumaat bersama penduduk Kampung Gobeilt di sini, semalam.
Selesai sembahyang Jumaat, Dr Hazland telah menyampaikan sumbangan kepada Ederis Sanyut di mana rumahnya telah terkena angin kencang baru-baru ini.
Bagi Ederis, sumbangan ini amat bermakna dalam usaha meringankan beban keluarga khususnya dalam membaikpulih rumah yang rosak itu.
Turut sama hadir Penghulu Haji Udin Damit, Ketua Kaum Mokhtar Gani, Ketua Ranting PBB Kampung Gobeilt Suadi usup, Ketua Wanita Ranting PBB Kampung Gobeilt, Ketua Pemuda Ranting PBB Kampung Gobeilt dan Ahli-ahli Jawatankuasa PBB Kampung Gobeilt serta AJK PBB Ranting kampung Gobeilt.
No comments:
Post a Comment