Music

Header Ads

Sunday, August 19, 2018

Wanita DUN Demak Laut Wajar Rebut Peluang Ikuti Kursus Membuat Makanan Sejuk Beku


KUCHING - Wanita di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut wajar merebut peluang dalam mengikuti Kursus Membuat Makanan Sejuk Beku 'Frozen Food' anjuran Pusat Khidmat DUN Demak Laut bersama Kolej Komuniti Santubong di sini, hari ini. 
Salah seorang peserta Sarimah binti Ali, 36 tahun dari Kampung Selabat berkata selepas menghadiri kursus ini, beliau telah memperoleh pengetahuan berkenaan dengan membuat kuih muih dan biskut-biskut yang boleh dikomersialkan.
"Selepas menghadiri kursus ini, saya telah mempunyai pengetahuan berkenaan dengan membuat kuih dan biskut yang boleh menjana pendapatan suri rumah.
"Kursus ini juga membolehkan peserta mempunyai ilmu bagaimana membuka perniagaan khususnya dalam perniagaan atas talian yang kini menjadi trend semasa," katanya selepas menamatkan kursus ini di sini.



Dalam pada itu, Sarimah turut bersyukur di atas keterlibatannya dalam kursus ini yang memberi peluang kepada beliau untuk membuat kuih dan biskut.
"Saya sangat gembira kerana dapat mengikuti kursus sebegini. Sebelum ini saya jarang dapat mengikuti kursus sebegini.
"Bagi wanita yang tinggal di kawasan Demak Laut ini disarankan mengikuti kursus ini dalam usaha kita membantu para suami meningkatkan pendapatan isi rumah.
"Jangan berasa teragak-agak untuk mengikuti kursus sebegini kerana setiap program yang diadakan mempunyai faedah dan manfaat kepada peserta seperti yang diadakan pada hari ini," ujarnya.
Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland bin Abang Hipni berasa gembira di atas penglibatan ramai wanita di kawasan Demak Laut mengikut kursus ini.
"Tahun depan kita akan perluaskan lagi penglibatan penduduk di kawasan Demak Laut untuk mengikuti kursus seperti ini.
"Ketika ini penglibatan wanita amat memuaskan dan kita akan libatkan lebih ramai peserta pada tahun depan dengan lebih banyak kursus akan kita adakan," jelasnya.
Kegembiraan itu turut dikongsikan bersama oleh 18 orang peserta dari Kampung Selabat yang hadir mengikuti kursus dalam usaha mempertingkatkan kemahiran wanita DUN Demak Laut dan seterusnya menambah pendapatan suri rumah.


Turut sama hadir Ketua Wanita PBB Kampung Selabat Hjh Salbiah Loton.

No comments:

Post a Comment

Back To Top