Music

Header Ads

Friday, August 3, 2018

Sarawak Catat Jumlah Ketiga Tertinggi Penyakit HFMD


KUCHING - Sarawak mencatat kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) ketiga terbanyak di negara ini iaitu 4,551 kes bagi tempoh 1 Januari hingga 29 Julai tahun ini.

Ahli Parlimen Bandar Kuching Dr Kelvin Yii berkata statistik itu berdasarkan jawapan diberikan Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad di Parlimen baru-baru ini.

“Peningkatan kes HFMD di seluruh negara termasuk Sarawak, memerlukan semua pihak mengambil langkah berjaga-jaga dan kerjasama erat antara Kementerian Kesihatan dengan pelbagai agensi termasuk masyarakat umum, ibu bapa serta guru.

“Berdasarkan jawapan diberikan Menteri Kesihatan dalam Parlimen, 39,408 kes HFMD direkodkan antara 1 Januari hingga 29 Julai tahun ini, dengan Selangor mencatat jumlah kes tertinggi iaitu 11,669 diikuti Kuala Lumpur 4,552 seterusnya Sarawak 4,551,” katanya.

Dr Yii berkata Kementerian Ke-sihatan turut mengesahkan bahawa kematian kanak-kanak berusia 17 bulan di Pulau Pinang dan kanak-kanak berusia dua tahun di Daro, Mukah adalah akibat Enterovirus 71 (EV71).

Mangsa mengalami demam dan menunjukkan ruam di tapak tangan serta kaki selain ulser di dalam mulut, katanya.

“Adalah penting untuk setiap pihak peka mengenai HFMD dan mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan jumlah kes tidak terus meningkat dan mengorbankan nyawa,” ujarnya.

Menurut Dr Yii HFMD amat berkait rapat dengan kebersihan tubuh dan alam sekitar terutama dalam kalangan kanak-kanak di bawah usia tujuh tahun lebih- lebih lagi di taman asuhan kanak-kanak (taska), taman bimbingan kanak-kanak (tabika) dan taman permainan.

“Disebabkan peningkatan kes HFMD di Malaysia dan Sarawak, saya mengalu-alukan inisiatif Kementerian Kesihatan mengawal penularan penyakit ini terutama kempen-kempen meningkatkan kesedaran dalam kalangan masya-rakat, pemilik dan guru taska dan tabika.

“Kempen ini akan dilaksanakan secara intensif dalam tempoh tiga minggu mendatang meliputi lima isu utama iaitu kebersihan, amalan membasuh tangan yang betul, kebersihan persekitaran, saringan kesihatan di semua taksa, prasekolah dan tabika serta pembersihan di permukaan yang tercemar,” jelasnya.

Dr Yii juga pada masa sama menggalakkan sektor swasta melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) masing-masing dengan membantu menyumbang sanitiser ke sekolah-sekolah sebagai sebahagian daripada usaha membantu menangani isu-isu berkenaan.

“HFMD merupakan penyakit disebabkan virus Coxasackie 16 dan Enterovirus 71, yang disebarkan melalui hubungan langsung dengan cecair hidung, air liur, lepuh dan najis individu yang dijangkiti.

“Antara simptom penyakit ini ialah demam, ruam atau lepuh di tapak tangan dan kaki serta ulser di dalam mulut dan lidah,” jelasnya. -Utusan Borneo Online

No comments:

Post a Comment

Back To Top