Music

Header Ads

Thursday, August 2, 2018

Dr Hazland Melawat Keluarga Mangsa Kebakaran Di Kampung Tabuan Dani


KUCHING - Sejurus menerima panggilan telefon mengenai kebakaran berlaku di Kampung Tabuan Dani, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dr Hazland Abang Hipni telah bergegas ke lokasi kejadian bagi meninjau keadaan keluarga mangsa di sini, malam tadi.
Dalam kebakaran tersebut, sebuah rumah satu tingkat yang didiami tiga orang dalam sebuah keluarga telah terbakar sepenuhnya manakala sebuah kereta Perodua Myvi hangus sebahagiannya.
Dr Hazland merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa di atas kebakaran yang berlaku dan telah menghulurkan sumbangan bagi tujuan meringankan mangsa yang telah kehilangan tempat berteduh dan harta benda.
Syukur kerana tiada sebarang kecederaan mahupun kemalangan jiwa dilaporkan semasa kejadian itu.
Terima kasih kepada anggota-anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang telah bertungkus lumus memadam kebakaran.

No comments:

Post a Comment

Back To Top