Music

Header Ads

Thursday, August 2, 2018

Sebuah Rumah Satu Tingkat Terbakar Sepenuhnya, Kereta Perodua Myvi Turut Hangus Di Kampung Tabuan Lot


KUCHING - Satu kebakaran berlaku malam tadi yang menyebabkan sebuah rumah satu tingkat terbakar sepenuhnya manakala sebuah kereta Perodua Myvi hangus sebahagiannya di Kampung Tabuan Lot di sini.
Menurut Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak telah menerima panggilan kecemasan pada jam 6.43 petang semalam dan bergegas ke lokasi kejadian.
"Pihak kami telah menghantar sepasukan anggota dari Balai Bomba Tabuan Jaya dengan kekuatan 8 orang bersama sebuah FRT dan sebuah Hilux yang diketuai PBK II Mazrom.
"Api berjaya dikawal pada jam 7.05 malam dan berjaya dipadam sepenuhnya pada 7.23 malam," katanya.
Kebakaran berkenaan telah menyebabkan sebuah rumah satu tingkat terbakar sepenuhnya manakala sebuah kereta jenis Perodua Myvi terbakar sebanyak 20 peratus.
Hadir di lokasi kejadian, Pengarah JBPM Sarawak PKPjB Nor Hisham bin Mohammad, Komander Operasi Kanan (KOK) PgKB II Azahar bin Dris, Ketua Balai BBP Tabuan Jaya TPgB Faizal bin Saari dan Pegawai Bahagian Operasi PKPgB Mohamad Asnan bin Led.
Turut sama tiga orang anggota Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yang bertindak mengawal keselamatan dan dua orang anggota dari Sarawak Energy Berhad. 
Bagaimanapun, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dan operasi tamat pada jam 8.00 malam.
Gambar: Ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak

No comments:

Post a Comment

Back To Top