Music

Header Ads

Wednesday, September 19, 2018

Rakyat Sarawak Wajar Ingati Tarikh 16 September Sebagai Tarikh Keramat Pembentukan Malaysia


KUCHING, 18 September - Tarikh 16 September akan sentiasa diingati sebagai tarikh bersejarah baut Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Sabah yang telah membentuk sebuah negara yang diberi nama Malaysia.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Haji Hazland Abang Haji Hipni, tarikh 16 September wajar kita ingati khususnya bagi generasi muda pada hari ini dalam mengingati kembali semangat perjuangan dan cinta tanah air.
"Rakyat Sarawak wajar mengingati tarikh 16 September sebagai tarikh keramat bagi negeri Sarawak yang sama-sama membentuk Malaysia.
"Pada tarikh tersebut, Sarawak bersama dengan Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Sabah telah membentuk Malaysia.
"Jika sebelum ini kita jarang mendengar atau mengingati tarikh 16 September berbanding 31 Ogos yang meraikan Hari Kebangsaan. Dan, sudah tiba masanya rakyat Sarawak khususnya dan Malaysia amnya mengingati tarikh itu sebagai hari bersejarah bagi negara kita Malaysia," katanya. 
Beliau berkata demikian semasa ditemui sebelum pelepasan Konvoi Jelajah Merdeka Demak Laut 4.0 yag diadakan buat kali keempat berturut-turut di Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut. 

Turut sama menyertai Konvoi Jelajah Merdeka Demak Laut 4.0 Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) Datuk Haji Abang Abdul Wahap bin Haji Abang Julai.
Turut sama hadir Penghulu Kampung Bako Hajah Janibah Hazemi, Penghulu Kampung Bako Hijrah Haji Lair Salleh dan Ketua Kaum Bako Tengah Haji Wahid Saini.
Dalam konvoi itu, sebanyak 120 buah motosikal dari kawasan DUN Demak Laut telah turut serta dalam menjayakan aktiviti itu yang bermula di Terminal Bako dan berakhir di Kampung Tabuan Lot.
Konvoi ini telah disertai pemuda-pemuda di setiap ranting di DUN Demak Laut, Ahli Jawatankuasa Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Demak Laut dan AJK Seberkas. 

"Alhamdulillah, kita telah berjaya mengadakan Konvoi Jelajah Merdeka Demak Laut bagi kali keempat berturut selepas kali pertama diadakan pada 2014.
"Aktiviti ini diadakan bukan sahaja bertujuan mengingati tarikh 16 September, tetapi juga mengeratkan hubungan di kalangan belia antara kampung. Ini kerana, penyertaan ini melibatkan sebanyak 28 buah kampung dalam DUN Demak Laut," katanya lagi.

Di sepanjang konvoi itu, peserta telah melalui beberapa buah kampung di kawasan DUN Demak Laut seperti Kampung Selabat, Kampung Muara Tebas, Kampung Gobielt, Kampung Senari, Terminal Kampung Semilang/Beradek, Kampung Sejingkat, Taman Sepakat Jaya, Borneo Convention Centre Kuching (BCCK), Kampung Tabuan Melayu dan berakhir di Kampung Tabuan Lot. -Buletin Demak Laut

No comments:

Post a Comment

Back To Top