Music

Header Ads

Wednesday, January 29, 2020

Ahli PBB Di Peringkat Ranting Perlu Sentiasa Peka Terhadap Apa Yang Berlaku Di Sekeliling


KUCHING: Setiap ahli jawatankuasa Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Ranting Sejingkat Hulu perlu perkukuhkan perpaduan dan kerjasama bagi memastikan setiap agenda PBB dapat direalisasikan di peringkat akar umbi. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Haji Hazland Abang Haji Hipni berkata sudah tiba masanya setiap ahli bersatu dan bersama dalam apa jua keadaan khususnya mengekalkan perpaduan di peringkat kampung. 

“Ketika ini, suasana di peringkat kampung adalah tenteram dan ini harus dipertahankan. 

“Bagaimanapun, kita jangan terlalu mengambil mudah dan leka kerana suasana ini boleh sahaja berubah dalam sekelip mata.

“Justeru, setiap daripada Ahli Jawatankuasa PBB di peringkat ranting perlu peka dengan mengambil berat terhadap apa sahaja yang berlaku khususnya dalam tempoh beberapa bulan ini,” katanya semasa mempengerusikan Mesyuarat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sejingkat Hulu pada Jumaat lepas. 

Selain Ranting Sejingkat Hulu, ada 27 ranting PBB di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut yang akan turut mengadakan mesyuarat bagi mengemaskini maklumat, data dan isu sebagai rutin tahunan PBB di peringkat DUN. 

Tambah Dr Haji Hazland lagi, perbincangan secara berterusan dengan AJK PBB adalah jalan terbaik ke arah peningkatan kualiti pengurusan parti.

“Pendekatan perbincangan secara berterusan dan bersemuka ini adalah cara terbaik untuk saya mendengar sendiri permasalahan yang dihadapi dan seterusnya mengadakan perbincangan mengenai beberapa perkara berbangkit. 

“Ini termasuklah peranan dan tugasan tambahan PBB di peringkat ranting, isu-isu setempat seperti isu tanah, perumahan, infrastruktur, kebajikan dan sosioekonomi. 

“Saya sedia mendengar dan memberikan terus jawapan supaya jawapan ini dapat disampaikan kepada penduduk atau masyarakat yang mempunyai permasalahan. Setiap isu dan permasalahan pastinya ada jawapan dan ini harus kita bincangkan bersama supaya ia tidak menjurus kepada persepsi yang tidak betul,” tambahnya. 

Selepas mesyuarat, Dr Hazland menyerahkan t-shirt, topi dan bendera Gabungan Parti Sarawak (GPS) kepada Ahli Jawatankuasa PBB Ranting Sejingkat Hulu. 

No comments:

Post a Comment

Back To Top